Saya duduk bersama dengan sekumpulan penumpang dalam bas yang disediakan oleh lapangan terbang yang mengangkat kami untuk menaiki pesawat sambung kita. Namun, pemandu bas itu menerima perintah untuk “berhenti dan menunggu.” Nampaknya kebanyakan kami akan ketinggalan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Seorang penumpang lelaki pun naik angin dan memarahi pemandu bas tersebut, lalu mendesak dia mengabaikan perintah tersebut supaya meneruskan perjalanan, kerana jika dia enggan, dia akan didakwa. Pada ketika itu, seorang pekerja syarikat penerbangan bergegas menaiki bas itu dan tangannya memegang sebuah beg bimbit. Setelah dia menemui lelaki yang marah tersebut, pekerja ini mengangkat beg bimbit itu dan berkata dengan tercungap-cungap, “Anda telah meninggalkan beg bimbit ini. Saya terdengar betapa pentingnya mesyuarat anda dan tahu mungkin kamu akan memerlukan beg anda.”
Kadangkala, saya pun tidak bersabar dengan Tuhan, terutamanya mengenai hal yang Dia akan kembali ke bumi ini. Saya tertanya-tanya, Apakah yang sedang dinantikan-Nya? Tragedi yang sering berlaku, penderitaan yang dialami oleh orang yang kita kasihi, dan tekanan kehidupan harian kelihatan terlampau bagi kita.
Walau bagaimanapun, apabila ada orang menceritakan bagaimana mereka menemui Yesus, atau saya mendapati bahawa Tuhan masih bekerja dalam keadaan yang kucar-kacir, ini mengingatkan saya tentang pelajaran dalam bas pada hari itu. Rupanya terdapat lagi cerita dan butiran yang Tuhan tahu, namun saya yang tidak tahu. Maka ia mengingatkan saya supaya percaya kepada-Nya dan mengingat bahawa kedatangan kembali Yesus bukan tentang saya sendiri. Semuanya merupakan rancangan Tuhan untuk memberikan masa kepada sesiapa yang belum mengenali Anak-Nya (2 Petrus 3:9).