Satu kumpulan doa wanita di negara saya mengadakan sesi berdoa bulanan di negara Ghana dan Afrika. Apabila mereka ditanya sebab mereka berdoa secara tidak henti-henti untuk bangsa-bangsa ini, pemimpin mereka Gifty Dadzie berkata, “Lihatlah di sekeliling kita, dengar dan bacalah berita. Bangsa kita sedang menderita: peperangan, bencana, penyakit, dan keganasan semakin menenggelamkan kasih Tuhan terhadap manusia dan berkat-Nya kepada kita. Namun kita percaya bahawa Tuhan mengambil berat tentang semua bangsa, maka kita memuji Dia atas berkat-berkat-Nya serta menyeru campur tangan-Nya.

Alkitab menyatakan bahawa Tuhan benar-benar campur tangan dalam hal ehwal bangsa-bangsa (2 Tawarikh 7:14). Apabila Tuhan campur tangan, Dia memakai orang yang biasa. Kita mungkin tidak dipercayakan tugas yang besar, tetapi kita boleh memainkan peranan yang membawa kedamaian dan keadilan yang meninggikan martabat satu bangsa (Amsal 14:34). Kita boleh melakukannya melalui doa. Rasul Paulus menulis, “Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang, untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain” (1 Timotius 2:1-2).

Apabila pemazmur menggesa orang Israel kuno untuk “berdoalah bagi kesejahteraan Yerusalem” (Mazmur 122:6), maka semoga kita berdoa bagi kedamaian dan kesembuhan bangsa kita. Apabila kita berdoa dengan rendah hati, berpaling daripada kejahatan dan mencari Tuhan, Dia akan mendengar doa kita.