Saya suka mengkaji burung, satu aktiviti yang saya mulakan semasa saya membesar di kampung di Ghana, tempat yang mempunyai banyak spesis burung yang berbeza. Di pinggir kota yang kami tinggal sekarang, saya memerhatikan kelakuan sekelompok burung gagak yang menarik perhatian saya. Burung gagak ini terbang ke pokok yang tidak berdaun banyak. Daripada hinggap dan berteduh pada dahan yang kuat, burung gagak ini memilih dahan yang kering, tidak kukuh dan mudah patah. Burung ini bertenggek dengan berhati-hati untuk menghindari bahaya—usaha yang sia-sia sahaja. Nampaknya naluri burung ini tidak dapat mengesan bahawa dahan yang kukuh adalah paling dapat dipercayai dan selamat untuk berteduh.
Bagaimana pula dengan kita? Di manakah kita meletakkan kepercayaan kita? Daud memerhatikan dalam Mazmur 20:8: “Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.” Kereta kuda dan kuda mewakili bahan dan aset manusia. Walaupun kesemua benda ini berguna dalam kehidupan harian, ia tidak dapat menjamin keselamatan kita pada masa kesusahan. Apabila kita meletakkan kepercayaan kita pada benda, harta atau kekayaan, kita akan menyedari bahawa kesemua ini akan melenyap, sama seperti dahan-dahan itu akan patah dan burung gagak perlu berterbangan.
Mereka yang meletakkan kepercayaan pada kereta kuda dan kuda mereka akan “tersandung dan jatuh”, tetapi mereka yang percaya kepada Tuhan akan “bangkit dan berdiri teguh” (20:9).