Amaran-amaran berikut didapati dalam beberapa produk pengguna:
“Keluarkan anak anda sebelum melipat.” (kereta sorong bayi)
“Tidak membekalkan oksigen.” (topeng muka)
“Jangan pasang fon pembesar suara ketika memandu.” (produk telefon bimbit bebas tangan yang dipanggil “Drive ‘n’ Talk”)
“Produk ini bergerak ketika digunakan.” (skuter)
Mungkin label amaran yang sesuai untuk Nabal adalah: “Tindakan bodoh daripada seorang yang bebal” (baca 1 Samuel 25). Sesungguhnya dia bersikap tidak rasional ketika dia menjawab Daud. Semasa melarikan diri daripada Saul, Daud telah menjaga ternakan domba seorang kaya yang bernama Nabal. Apabila Daud mendengar bahawa Nabal sedang menggunting bulu domba dan akan mengadakan pesta, dia menyuruh sepuluh orang pemuda untuk pergi meminta makanan dengan sopan daripada Nabal sebagai ganjarannya (ayat 4-8).
Namun tindak balas Nabal terhadap permintaan Daud itu adalah sangat kasar. Dia berkata, “Siapakah Daud? … Mana boleh aku mengambil roti dan air minumku serta daging … , lalu memberikan semuanya kepada orang yang entah dari mana!” (ayat 10-11). Dia telah melanggar adat dengan tidak menjemput Daud ke pesta tersebut, malah dia juga tidak menghormati Daud dengan kata-kata hinaan, terutama sekali dia telah mencuri daripada Daud dengan tidak membayar ganjaran bagi kerja yang telah dilakukan oleh Daud.
Kebenarannya, kita semua memiliki sedikit kebodohan dalam diri kita. Ada kalanya kita bertindak tidak wajar. Satu-satunya cara untuk mengatasi hal ini adalah mengakui dosa kita di hadapan Tuhan. Dia akan mengampuni kita, mengarahkan kita serta memberikan kebijaksanaan-Nya kepada kita.
akan membantu kita mengubah sikap mementingkan diri.