Meja saya terletak berdekatan sebuah jendela yang berhadapan dengan kawasan kejiranan saya. Dari sudut penjuru itu saya melihat burung-burung berkicauan pada pokok-pokok yang berhampiran. Ada beberapa ekor burung yang hinggap ke jendela untuk makan serangga yang terperangkap pada skrin tingkap saya.
Burung-burung tersebut sangat berhati-hati terhadap bahaya di sekeliling serta mendengar dengan teliti sambil memerhatikan persekitaran. Hanya apabila mereka sungguh pasti bahawa tidak ada bahaya, barulah mereka mulai menikmati makanan mereka. Ketika waktu makan juga, mereka tetap berhati-hati serta berhenti setiap beberapa saat untuk melihat sekeliling.
Sifat berjaga-jaga yang ditunjukkan oleh burung-burung ini mengingatkan saya bahawa Alkitab juga mengajar kita untuk sentiasa berwaspada sebagai orang Kristian. Dunia kita penuh dengan godaan, oleh itu, kita mesti sentiasa berjaga-jaga terhadap bahaya yang ada. Seperti Adam dan Hawa, kita juga mudah tergoda oleh tarikan duniawi. Kita mengingat benda-benda di dunia kelihatan “cantik dan buahnya enak dimakan,” malah boleh “menjadi bijaksana” (Kejadian 3:6).
“Hendaklah kamu waspada,” tegur Paulus, “dan teguh dalam hidup kamu sebagai orang Kristian” (1 Korintus 16:13). Paulus juga memberi amaran, “Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa” (1 Petrus 5:8).
Sewaktu kita bekerja untuk kehidupan seharian, adakah kita berwaspada terhadap hal-hal yang mungkin dapat menjatuhkan kita? Adakah kita berjaga-jaga terhadap sebarang tanda keyakinan diri atau sikap terlalu mengikut kehendak diri sendiri, sehingga kita melupakan untuk percaya sepenuhnya kepada Tuhan?
datang kepada Tuhan.