Pada tahun itu, orang yang bertugas untuk menghias gereja mereka sempena hari Krismas telah memutuskan untuk menggunakan tema “Senarai Krismas.” Mereka tidak menghias gereja dengan barang-barang perhiasan berwarna emas dan perak seperti biasa, tetapi memberikan kepada setiap orang sekeping tag berwarna hijau atau merah. Orang yang mendapat tag itu hendaklah menulis nama hadiah yang mereka ingin dapatkan daripada Yesus pada sebelah tag, dan di sebelah lain pula menuliskan nama hadiah yang hendak diberikan mereka kepada Yesus yang mereka meraikan hari jadi-Nya.

Sekiranya anda yang dikehendaki untuk menyenaraikannya, apakah hadiah yang akan anda minta dan hadiah yang ingin anda berikan? Alkitab memberi banyak buah fikiran mengenainya. Tuhan berjanji akan membekalkan segala keperluan kita, jadi mungkin kita akan memohon pekerjaan baru, bantuan dari segi kewangan, kesembuhan fizikal untuk diri sendiri ataupun orang lain, atau perhubungan yang dipulihkan. Mungkin kita akan tertanya-tanya kurnia rohani yang kita diperlengkapkan untuk pelayanan Tuhan. Ada banyak yang disenaraikan di dalam Roma 12 dan 1 Korintus 12. Atau mungkin kita ingin memperlihatkan lebih banyak buah Roh Kudus: “saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri” (Galatia 5:22-23).

Hadiah paling utama yang akan kita terima daripada Tuhan adalah Anak-Nya, Penyelamat kita. Melalui Dia, kita mendapat pengampunan, pemulihan dan janji untuk kehidupan rohani yang bermula dari sekarang dan kekal selamanya. Malah hadiah yang paling penting yang dapat kita berikan kepada Yesus adalah hati kita.