Kawan-kawan yang melawat bapa saya di hospital ketawa terbahak-bahak. Mereka terdiri daripada: Dua orang pemandu lori yang sudah tua, seorang bekas penyanyi tempatan, seorang tukang tangan, dua orang wanita dari kebun yang berhampiran, dan saya.
“ … dan dia pun bangun serta menghentam kepala saya dengan botol,” kata tukang tangan itu, mengakhiri ceritanya tentang pergaduhan di sebuah bar.
Bilik itu dipenuhi dengan gelak ketawa disebabkan oleh memori yang lucu ini. Bapa yang menghidap penyakit kanser kelihatan sedikit semput kerana terlalu banyak ketawa, meluahkan kata-kata ini, “Anak saya Randy ialah seorang pastor,” jadi mereka mesti berhati-hati dengan kata-kata mereka. Keadaan menjadi senyap kira-kira selama dua saat, kemudian bunyi ketawa kedengaran lagi di bilik tersebut kerana berita ini menyebabkan mereka ketawa dengan lebih kuat lagi.
Tiba-tiba, kira-kira selepas empat puluh minit, tukang tangan itu berdeham dan berpaling kepada bapa saya, serta mula bercakap dengan serius. “Saya tidak lagi minum dan bergaduh di bar, Howard. Semua itu sudah saya tinggalkan. Sekarang saya mempunyai alasan lain untuk hidup. Itulah sebabnya saya ingin memberitahu anda tentang Penyelamat saya.”
Lalu dia meneruskan perkongsiannya, dan saya hairan bahawa bapa hanya membantah sedikit. Namun saya berfikir, inilah perkongsian injil yang paling manis dan lembut yang saya tidak pernah dengar. Bapa saya mendengar dan memerhatikan, beberapa tahun kemudian dia juga percaya kepada Yesus.
Itu adalah satu kesaksian sederhana daripada seorang kawan lama yang menjalani kehidupan biasa. Ia mengingatkan saya semula bahawa kesederhanaan bukanlah sesuatu yang naif ataupun bodoh; sifatnya adalah secara langsung dan tidak menunjuk-nunjuk.
Seperti Yesus dan penyelamatan-Nya.