Month: Disember 2020

Yesus Pemberian yang Terhebat

Klik Selanjutnya

Yesus adalah pemberian terhebat dan itulah sebab utama dan sebenar kita merayakan hari Natal.

Jiwaku Dipuaskan

Banyak keluarga Filipina meraikan perayaan istimewa seperti hari jadi, perkahwinan, pesta dan Krismas secara besar-besaran. Pada hari perayaan ini, semua ahli keluarga akan berkumpul di meja yang penuh dengan hidangan-hidangan enak. Mereka akan berbual tentang kenangan masa dahulu, ketawa tentang jenaka lama. Selepas setiap orang berpuas makan, mereka akan mula bernyanyi—biasanya melalui videoke, yang juga dikenal sebagai karaoke. Bagi kebanyakan orang Filipina, makan dan bernyanyi dapat membawa kepuasan besar!

Kekaguman Krismas

Saya berada di kota London pada suatu malam untuk menghadiri suatu pertemuan. Pada ketika itu hujan lebat dan saya sudah lewat. Saya pun bergegas melalui beberapa jalan, mematah selekoh, dan kemudian terhenti. Puluhan malaikat melayang di atas Jalan Regent, dengan sayap raksasa mereka yang berkilauan terbentang di sepanjang lalu lintas. Rupanya malaikat-malaikat itu diperbuat daripada ribuan lampu yang berkelipan, dan merupakan hiasan Krismas yang paling menakjubkan yang pernah saya lihat. Bukan saya sahaja yang terpegun. Ratusan berderet di jalan, memandang dengan penuh kekaguman.

Krismas yang Berbeza?

Klik Selanjutnya

Sementara keadaan yang lain berbeza, ada satu perkara yang tidak pernah dan tidak akan berubah, iaitu kasih Kristus.

Kata-Kata yang Lemah Lembut

Saya pernah bertengkar di halaman Facebook. Tindakan yang tidak bijak. Apa yang membuat saya berasa perlunya untuk “membetulkan” orang lain tentang sesuatu topik hangat—terutamanya yang berunsur perpecahan? Akibatnya, perkataan yang menimbulkan kemarahan, menyakitkan hati (ke atas diri saya), dan merosakkan peluang untuk bersaksi dengan baik bagi Yesus. Itulah hasil daripada “kemarahan internet”, iaitu istilah bagi perkataan keras yang dilontarkan setiap hari di dunia blog. Seperti yang dijelaskan oleh seorang pakar etika, orang ramai salah menganggap bahawa keberangan “adalah cara biasa untuk mengemukakan sesuatu idea.”