Sahabat Sejati
Ibu saya dan Puan Sanchez bukan sahaja jiran yang berhubungan sangat rapat, mereka juga merupakan “pesaing” yang mesra. Kedua-dua mereka akan bersaing setiap hari Isnin untuk melihat siapa orang pertama yang menjemur pakaian mereka yang baru dicuci. “Dia mengalahkan saya lagi!” kata ibu saya. Tetapi minggu depan, ibu mungkin menjadi “pemenang”. Kedua-dua wanita ini menikmati persaingan mingguan mereka. Selain berkongsi lorong belakang rumah lebih daripada sepuluh tahun, mereka juga berkongsi kebijaksanaan, cerita dan harapan masing-masing.
Pengajaran yang Menakjubkan
Sophia Roberts menyaksikan pembedahan jantung secara terbuka buat pertama kalinya ketika dia berusia sekitar sebelas tahun. Walaupun hal ini kelihatan agak awal untuk seorang kanak-kanak melihat prosedur perubatan sedemikian, ini sebab ayahnya, Dr. Harold Roberts Jr., merupakan seorang pakar bedah jantung. Pada tahun 2022, Sophia yang kini berusia tiga puluh tahun dan merupakan seorang doktor bedah, bekerjasama dengan ayahnya dan berjaya melakukan penggantian injap aorta. Harold berkata, “Saya mengajar anak saya menunggang basikal sewaktu dia masih kecil … Sekarang, saya dapat mengajar dia cara untuk membedah jantung manusia, bukankah ini sesuatu yang sungguh menakjubkan?”
Bersama-sama dalam Yesus
Kebanyakan tiga ratus orang penduduk di Whittier, Alaska, tinggal di satu kompleks pangsapuri besar, dan itulah sebabnya Whittier dipanggil sebagai “bandar di bawah satu bumbung.” Amie yang pernah tinggal di pangsapuri tersebut berkata, “Saya tidak perlu melangkah keluar dari bangunan ini─kedai runcit, khidmat notari awam, sekolah dan pejabat pos berada di tingkat bawah, kami hanya perlu menaiki lif!”
Bukan Lagi Warga Asing
“Anda adalah orang asing.” Kata-kata tersebut menghancurkan hati seorang gadis berusia lapan tahun, dan kesakitan tersebut terus bersamanya. Keluarganya telah berhijrah dari kem pelarian di negara asalnya yang dilanda perang ke negara baharu, dan kad imigresennya mempunyai perkataan asing yang dicap di atasnya. Dia berasa dia bukan warganegara di mana-mana pun.
Kepulangan Raja
Dengan anggaran berbilion-bilion penonton di seluruh dunia, pengebumian Ratu Elizabeth II mungkin merupakan siaran yang paling banyak ditonton dalam sejarah. Satu juta orang berbaris di jalan-jalan London pada hari itu, dan 250,000 orang beratur selama berjam-jam pada minggu itu untuk melihat keranda Ratu. Seramai 500 orang raja, permaisuri, presiden dan pemimpin negeri lain berkumpul untuk memberi penghormatan kepada wanita yang terkenal dengan kekuatan dan sifatnya.