Saya terjaga pada pukul 3 pagi pada hari pertama tahun baru. Tahun yang mendatang terasa begitu beban, menggerunkan saya dengan ketakutan. Kebimbangan terhadap ahli keluarga yang sakit tenat telah lama meletihkan saya. Sekarang, fikiran tentang masa depan menakutkan saya. Adakah lebih banyak perkara buruk akan berlaku? Saya tertanya-tanya.
Murid-murid Yesus memahami ketakutan akan berlakunya perkara buruk. Walaupun Tuan mereka telah menyediakan dan meyakinkan mereka sehari sebelum Dia mati, mereka masih takut. Mereka melarikan diri apabila Dia ditangkap (Matius 26:56); Petrus menyangkal Dia (Yohanes 18:15-17, 25-27), dan mereka bersembunyi (Yohanes 20:19). Ketakutan mereka semasa kekacauan akibat penangkapan dan penyaliban Yesus, serta penganiayaan, menyebabkan mereka bertindak bertentangan dengan perintah-Nya untuk “tegapkanlah hatimu” dan janji-Nya, “Aku telah menewaskan dunia” (Yohanes 16:33).
Tetapi kematian dan kebangkitan Kristus membuktikan autoriti dan kuasa-Nya atas kehidupan dan kematian. Dia mempunyai kemenangan muktamad. Walaupun penderitaan pasti wujud di dunia kita yang berdosa, kita boleh berpegang pada kebenaran bahawa segala sesuatu tertakluk kepada kuasa Tuhan kita yang bijaksana dan pengasih. Kehadiran Yesus bersama-sama kita (Yohanes 16:32-33), seperti dengan murid-murid-Nya, yang kemudiannya dengan yakin terus berkongsi Injil kepada dunia. Tuhan telah mengatakan bahawa Dia berkuasa. Semoga Dia menguatkan hati kita untuk percaya kepada-Nya dan menjadi seorang yang berani walaupun masa depan itu tidak menentu.