Selama bertahun-tahun, pakar kecergasan telah menekankan kepentingan larian untuk kesihatan kardiovaskular (penyakit yang melibatkan jantung atau saluran darah). Tetapi kajian saintifik baru-baru ini telah menunjukkan bahawa berjalan setiap hari juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan AS, “Orang dewasa yang berjalan sebanyak 8,000 langkah atau lebih sehari mempunyai risiko kematian yang berkurangan sepanjang sepuluh tahun berikutnya, berbanding dengan orang yang berjalan hanya 4,000 langkah sehari.” Berjalan adalah baik untuk kita.

Di seluruh kisah Alkitab, berjalan ialah metafora yang digunakan sebagai berkomunikasi dengan Tuhan. Dalam Kejadian 3, kita diberitahu bagaimana Tuhan berjalan bersama Adam dan Hawa “ketika hari dingin” (ayat 8). Kejadian 5 berkongsi kisah Henokh, yang “hidup akrab (atau berjalan) dengan Allah selama 300 tahun” (ayat 22). Suatu hari, Henokh menghabiskan masanya dengan Penciptanya seperti biasa, sehingga Tuhan membawanya pergi(ayat 24). Dalam Kejadian 17, Tuhan meminta Abram untuk berjalan di hadapan-Nya semasa Dia memperbaharui perjanjian-Nya dengan dia (ayat 1). Apabila Yakub menjelang akhir hayatnya, dia menggambarkan Tuhan sebagai gembalanya dan bercakap tentang nenek moyangnya yang telah setia berjalan dengan Tuhan “sepanjang hidup” mereka (Kejadian 48:15). Dalam Perjanjian Baru, Paulus mengarahkan kita untuk “melangkahlah menurut Roh” (Galatia 5:16).

Seperti Henokh dan nenek moyang Israel dalam kitab Kejadian, kita juga boleh berjalan dengan Tuhan setiap hari. Kita melakukannya dengan menyerahkan hidup kita kepada Yesus dan dipimpin oleh Roh Kudus. Itulah jalan sebenar yang menuju kesihatan.

Bagaimanakah “sesi berjalan” anda dengan Tuhan?