Apabila kami membina rumah kami, ia didirikan di atas sebidang tanah kosong yang berlumpur di hujung jalan batu kerikil. Kami memerlukan rumput, pokok dan rumpun semak untuk menjadikan tanah kita sepadan dengan persekitaran kaki bukit Oregon. Semasa saya mengeluarkan peralatan kebun saya dan mula bekerja, saya terfikir tentang taman pertama yang seolah-olah sedang menunggu diusahakan oleh manusia: “Belum ada rumpun semak dan belukar apa-apa pun di bumi, belum muncul tumbuh-tumbuhan apa-apa pun di padang … dan belum ada orang yang mengusahakan tanah itu” (Kejadian 2:5).

Kisah penciptaan dalam Kejadian 1 mengulangi penilaian Tuhan tentang penciptaan: ia “baik” atau “sungguh baik” (ayat 4, 10, 12, 18, 21, 25, 31). Walau bagaimanapun, ia tidak lengkap. Adam dan Hawa perlu mengusahakan tanah tersebut—untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap ciptaan Tuhan (ayat 28). Mereka tidak dimaksudkan untuk tinggal di syurga yang tidak berubah, tetapi tinggal di tempat yang memerlukan penjagaan dan pembangunan.

Sejak mulanya, Tuhan telah meminta manusia untuk bekerjasama dengan-Nya dalam penciptaan-Nya. Dia berbuat demikian di taman Eden, dan Dia juga berbuat demikian dengan “ciptaan baru” yang kita dijadikan-Nya apabila kita menaruh kepercayaan kepada Kristus (2 Korintus 5:17). Setelah menerima penyelamatan, kita tidaklah dijadikan sempurna. Seperti yang dikatakan oleh rasul Paulus, “Janganlah ikut cara dunia” (Roma 12:2). Tuhan bekerja dalam kita apabila kita menjalani hidup yang menyenangkan-Nya, iaitu “menjadi selaras dengan rupa Anak–Nya” (8:29).

Sama ada inilah tentang penjagaan bumi atau penjagaan hidup baru kita dalam Kristus, Tuhan telah memberi kita suatu anugerah yang perlu kita usahakan.