
Ditanam di tepi Perairan
Bill ialah seorang pesara tua yang tinggal bersendirian dan baru-baru ini dia terpaksa berhenti memandu kereta. Dia memerlukan bantuan untuk membeli barang runcit, mendapatkan preskripsi ubat, dan pergi ke gereja pada hari Ahad. “Sebenarnya,” kata Bill, “Aku suka tinggal di rumah. Aku menikmati muzik penyembahan yang percuma dalam talian dan menonton pengajaran Alkitab di televisyen sepanjang hari.” Bill mengisi hari-harinya dengan didampingi Kitab Suci, doa dan pujian

Warisan Kasih dalam Yesus
Di Sweden, terdapat satu konsep yang dikenali sebagai döstädning. Secara langsung, ia bermaksud “pembersihan sebelum kematian.” Ideanya ialah apabila usia kita semakin meningkat, kita harus berhenti mengumpulkan “benda” dan mula mengemaskan sepahan yang telah kita lambakkan sepanjang hidup kita. “Pembersihan sebelum kematian” seperti orang Sweden sebenarnya ialah anugerah kasih kepada anak-anak dan rakan-rakan, kerana ia memudahkan tugas mereka untuk membersihkan apa yang kita tinggalkan.

Bangkit Lagi
Semasa saya seorang remaja, saya terpesona dengan sukan luncur ais berbunga (figure skating). Saya menggemari gabungan kesenian dan keupayaan kesukanan di atas ais, dengan segala pusingan pantas, lompatan tinggi dan lagak yang sempurna. Selepas menyaksikan banyak persembahan oleh pemain luncur profesional, akhirnya saya mendapat peluang untuk bermain luncur ais dan menjadi salah seorang pelajar dalam pembelajaran berkumpulan. Selain mempelajari cara meluncur dan berhenti, kami mempelajari beberapa kemahiran yang terpenting untuk pemain luncur peringkat apa jua pun—cara jatuh dan bangkit lagi dengan cepat. Kemudian, saya belajar pelbagai jenis pusingan dan lompatan dalam pelajaran persendirian, tetapi saya sentiasa bergantung pada ajaran asas tentang cara untuk bangkit selepas jatuh.

Kebenaran Asas
Apabila saya dan isteri berbasikal, kami ingin mengetahui berapa jauh kami telah mengayuh basikal. Jadi, saya pergi ke sebuah kedai basikal untuk membeli odometer dan pulang dengan sebuah komputer mini yang saya dapati agak rumit untuk diprogramkan
