Satu pertandingan sukan baru telah diperkenalkan di sebuah sekolah menengah, dan ini adalah salah satu pengalaman yang paling memberikan inspirasi kepada saya.
Sukan yang unik ini mempunyai banyak elemen yang sama dalam sukan yang dikenali dengan sorakan peminat, pengadil dan papan skor. Tetapi sukan ini mempunyai kelainan yang penting: Setiap pasukan terdiri daripada dua pemain bukan kurang upaya dan tiga pemain yang mempunyai beberapa bentuk kecacatan. Aktiviti di gelanggang itu sangat menyentuh hati kerana para pemain saling membantu, memberikan galakan dan bersorak—tidak kira pasukan mana pun yang disokong mereka. Pertandingan tersebut bertujuan untuk memberikan keyakinan dan sokongan kepada pelajar yang mungkin tidak pernah mengalami kegembiraan dalam sukan yang kompetitif.
Pihak sekolah memerlukan kepimpinan yang bijaksana dan penuh prihatin untuk menghormati para pelajar dengan cara ini. Usaha mereka juga mencerminkan teladan yang telah ditunjukkan oleh Raja Daud dalam Alkitab.
Sebuah ungkapan yang biasa pada zaman Daud ialah “orang buta dan orang tempang tidak boleh masuk ke dalam istana” (2 Samuel 5:8)—digunakan secara metafora untuk merujuk kepada musuh-musuhnya. Walau bagaimanapun, Daud memilih untuk membawa anak lelaki Yonatan, iaitu Mefiboset, yang tempang kedua-dua belah kakinya, ke istananya dan menghormatinya dengan menyediakan tempat yang dia boleh “makan di meja [Daud]” (9:3, 7).
Paulus memberikan garis panduan yang jelas tentang cara yang kita patut melayan orang lain. “Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan” (Roma 12:10).
Mari kita amalkan kehidupan bersatu—pastikan kita menghormati setiap orang yang kita temui, dalam kasih Yesus.