S ahabat baik saya, Sally, ingin mengadakan sambutan hari jadi untuk seorang kawannya. Dia tahu kawannya itu sedang melalui masa yang sukar, dan Sally mahu menggembirakan hatinya. Namun, Sally sedang menganggur dan tiada wang lebih untuk membeli makanan untuk mengadakan majlis hari jadi yang meriah. Jadi, dia melihat apa yang ada dalam peti sejuk dan kabinet dapurnya. Dari situ, dia berjaya menyediakan beraneka hidangan yang enak dengan menggunakan bahan-bahan yang dibelinya sebelum ini dan memang sudah tersedia di rumahnya.

Apabila Sally berkongsi dengan saya menunya yang kreatif, saya terus teringat kisah nabi Elia dan seorang balu dalam 1 Raja-Raja 17:7-16. Balu itu pun tidak mempunyai banyak. Malah, dia memberitahu nabi Elia bahawa dia mahu menyediakan sisa makanan terakhir untuk dirinya dan anaknya, “lalu setelah itu kami mati” kerana kelaparan (ayat 12). Dia hanya tinggal sedikit tepung dan minyak zaitun—cukup untuk satu hidangan terakhir mereka.

Namun, Elia menyakinkan balu itu bahawa, “tepung dalam tempayan … dan minyak di dalam buyung itu tidak akan berkurang sampai saat TUHAN menurunkan hujan” (ayat 14). Dengan mempercayai janji yang disampaikan Tuhan melalui Elia—walaupun balu itu tidak merasakan dia mempunyai makanan yang secukupnya—dia tetap percaya bahawa Tuhan menyediakan keperluannya walaupun dapurnya kosong.

Seperti sahabat saya, balu itu menjumpai apa yang diperlukannya. Dengan mengikuti contoh mereka, marilah kita belajar untuk hidup dengan hati yang pemurah dan percaya pada penyediaan Tuhan kepada kita.