Month: Oktober 2025

Posisi Berdoa

Jimmy telah lama sakit akibat penyakit kronik, dan ini sangat menjejaskannya. Dia ingin meluangkan masa bersama Tuhan setiap pagi untuk berdoa, membaca dan merenungkan firman Tuhan, tetapi dia tidak dapat duduk dengan posisi yang selesa tanpa merasakan kesakitan pada badannya. Dia cuba mengalihkan badan ke kiri dan ke kanan, tetapi tetap tidak selesa. Akhirnya, dia berputus asa. Dia pun berlutut. Tanpa disangka, posisi berdoa itupula mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Pada waktu pagi yang seterusnya, Jimmy mula meluangkan masa bersama Tuhan dengan berlutut—kelegaan memenuhi hatinya ketika dia berseru kepada-Nya dalam doa.

Kasih Tuhan

Saya ada banyak masa lapang, jadi saya merancang untuk membantu orang lain sebanyak yang boleh. Namun, semasa membantu seorang rakan baru, saya terjatuh dan tangan saya patah di tiga bahagian. Tiba-tiba, sayalah yang memerlukan pertolongan. Saudara dan saudari seiman datang melawat saya, ada yang beri kad hadiah, bunga, menelefon saya, hantar mesej, berdoa, beri makanan (malah sekotak coklat), dan membantu saya melaksanakan beberapa urusan harian. Saya benar-benar terharu dengan kebaikan keluarga, rakan-rakan, dan ahli gereja saya! Seolah-olah Tuhan berkata, “Duduklah. Kamu yang perlukan bantuan. Kamu akan mengalami apa itu kepedulian dan penjagaan yang sejati.” Melalui mereka, saya telah belajar lebih banyak tentang melayani orang dengan hati yang ikhlas, dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana kasih orang lain terhadap saya.

Tuhan Mencari yang Tersesat

David Uttal ialah seorang saintis kognitif yang mengkaji cara manusia menentukan arah, tetapi dia sendiri menghadapi kesukaran untuk mencari arah di kawasan tertentu. Masalah ini bukanlah sesuatu yang baru baginya, kerana ketika dia berumur 13 tahun, dia pernah sesat selama dua setengah hari semasa mendaki. Uttal mengaku bahawa dia masih tidak pandai mengikuti arah mudah dalam kehidupan. Sesetengah orang memang secara semula jadi pandai menavigasi—tahu dengan tepat di mana mereka berada dan bagaimana untuk pergi ke tempat yang ditujui. Namun bagi orang lain, seperti Uttal, mereka mudah sesat walaupun diberikan arah yang jelas.

Berjalan dalam Cahaya Kristus

Semasa dua orang anak saudara perempuan saya masih kecil, mereka sering mengajak saya bermain selepas makan malam. Mereka akan mematikan semua lampu dalam rumah, dan kami akan berjalan perlahan-lahan dalam gelap, sambil berpegangan dan ketawa. Mereka suka menakut-nakutkan diri sendiri dengan memilih berjalan dalam gelap, kerana mereka tahu mereka boleh menyalakan lampu bila-bila masa.

Berdua

Jika anda dapat mendaki Air Terjun Sungai Dunn di Jamaica, ini akan menjadi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Air melata dan jatuh di atas batu-batu licin sebelum sampai ke Laut Caribbean. Ia satu cabaran apabila para pendaki perlu melawan aliran air untuk naik ke puncak. Bagi seorang remaja bernama JW, hal itu hampir mustahil. Dia mengalami masalah penglihatan dan hanya dapat melihat dunia melalui satu titik kecil.