
Penyelamat yang Berhijrah
Pada tahun 1947, apabila Empayar British India dibubarkan, lebih daripada 15 juta orang berhijrah kerana alasan agama. Keadaan menjadi lebih teruk apabila berlaku banjir monsun dan wabak penyakit merebak. Lebih daripada sejuta pelarian meninggal dunia sepanjang bencana ini.
Hari 7: Penghibur Hati
BACA: Mazmur 94:2, 16-23
Di tengah-tengah kerunsingan yang begitu banyak dalamku, penglipuran yang Kauberi membahagiakan jiwaku (Mazmur 94:19).
Setiap minggu semasa saya menunggu di stesen kereta api, fikiran negatif menghimpit minda saya seperti penumpang lain yang berbaris untuk menaiki kereta api—tekanan disebabkan oleh hutang, kata-kata kesat yang pernah saya dengar, perasaan tidak berdaya yang disebabkan oleh ketidakadilan yang baru berlaku kepada ahli keluarga…
Hari 6: Menanti Jawapan Tuhan
BACA: Mazmur 9:1-10
Dan mereka yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu. (Mazmur 9:10)
Ketika anak perempuan kami berusia 15 tahun, dia melarikan diri dari rumah. Dia hilang selama lebih daripada tiga minggu. Itu merupakan tiga minggu paling panjang dalam hidup kami. Kami mencarinya di mana-mana dengan bantuan polis dan rakan-rakan. Dalam hari-hari yang…
Hari 5: Lepaskan Tanganmu
BACA: Mazmur 46
Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini. (Mazmur 46:10)
Saya masih ingat permainan menggigit epal yang digantung semasa kecil. Dalam permainan ini, tangan harus diikat di belakang dan saya perlu menggigit epal yang terapung tanpa bantuan tangan. Ia memang pengalaman yang membuat saya rasa kecewa dan tidak berdaya.…
Hari 4: Disiplin atau Penyesalan
Ayat Kunci: Orang zalim akan menanggung pelbagai penderitaan, tetapi orang yang percaya kepada TUHAN akan dilimpahi kasih setia. (Mazmur 32:10) Semasa kem latihan musim panas, jurulatih sebuah pasukan bola sepak memakai kemeja-T dengan satu motto yang bertujuan memberi semangat kepada para pemain mereka agar berusaha bersungguh-sungguh. Pada baju itu tertulis:
“Setiap hari anda perlu memilih: Kesakitan disebabkan disiplin atau…
Hari 3: Bimbinglah Aku ke Pernaungan
Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku. (Mazmur 61:2)
Semasa saya sedang membeli sebuah alat pelembap, saya mendapati seorang wanita tua berulang alik di lorong rak yang sama. Saya menganggap mungkin dia juga hendak membeli alat pelembap, jadi saya menunggu dia di tepi. Tidak lama kemudian…

Mewakili Yesus
Pada hari pertama di sebuah kem, Alan mengajar remaja tentang kemahiran keusahawanan, seorang pelajar berkata, “Encik seorang Kristian, bukan? Saya boleh tahu.” Sebelum Alan sempat memberitahu bahawa dia seorang Kristian atau memakai stokin dan tali leher kegemarannya yang ada simbol Kristian, remaja itu berkata dia nampak Yesus melalui kata-kata, perbuatan dan sikap Alan. Kemudian mereka berbincang bagaimana mereka boleh lebih mewakili Yesus dengan lebih baik di mana sahaja mereka berada.



