Pemilik pasukan NBA Dallas Mavericks pernah menawarkan seorang pengacara sukan Chicago sebanyak $100,000 untuk menukar namanya secara sah kepada “Dallas Maverick.” Selain itu, dia berjanji akan mendermakan $100,000 kepada badan amal pilihan pengacara itu. Selepas pertimbangan yang mendalam, pengacara itu berpendirian teguh dan mengatakan tidak. Jelasnya, “Kalau saya betul-betul berbuat demikian, saya seolah-olah sanggup melakukan apa sahaja demi wang, dan itu mengganggu saya. Nama saya ialah hak kelahiran saya. Saya ingin memelihara integriti dan kredibiliti saya.”

Sepertimana nama pengacara itu merupakan hak kelahirannya, orang yang mula-mula percaya kepada Yesus menerima dan menggunakan nama “Kristian” sebagai hak kelahiran rohani mereka. Barnabas dan Saulus melayani selama setahun di Antiokhia, dan melalui berita baik yang diberitakan, gereja bertumbuh. Orang-orang percaya yang awal di Antiokhia meneladani cara Kristus hidup, bahkan mereka yang tidak percaya kepada Yesus—memanggil mereka “orang Kristian” (Kisah Para Rasul 11:26). Oleh itu, “orang Kristian” ialah orang yang menjadi milik Kristus. Kepunyaan nama itu akhirnya menjadi punca penganiayaan. Namun Petrus menggalakkan orang-orang yang percaya kepada Yesus supaya “jangan malu” akan hak kelahiran mereka dan penderitaan kerana nama itu (1 Petrus 4:16).

Bagi mereka yang percaya kepada Yesus, “Kristian” ialah hak kelahiran kita—dan tiada jumlah wang, penderitaan, atau cacian akan membuat kita menggadaikannya. Tuhan akan membekalkan apa yang kita perlukan, oleh itu kita mempunyai tanggungjawab untuk menjalani kehidupan seharian yang memuliakan nama Kristus.