Bayangan Kematian

Apa itu kematian? Apakah yang berlaku selepas kematian? Kematian merupakan sesuatu yang nescaya akan berlaku kepada setiap orang. Tidak kira anda suka atau tidak, setiap kita tentu akan mati suatu hari kelak, walaupun anda seorang yang kaya, berjaya, terkenal atau berpengetahuan. Sesetengah individu berfikir bahawa kematian bermaksud penamatan, sehingga melenyap ke dalam suatu keadaan yang dilupakan orang. Mereka berusaha untuk membina legasi supaya mereka akan dikenangkan. Ada juga orang pula tidak ingin membayangkan atau memikirkan perkara tentang kematian, maka mereka melibatkan diri dalam perkara baru yang menarik dengan sebanyak mungkin.

Bagaimanapun, Alkitab menjelaskan bahawa “Semua orang mesti mati satu kali, dan setelah itu dihakimi oleh Allah” (Ibrani 9:27). Maka frasa “tidak binasa” dengan jelasnya mengingatkan kesudahan kita yang dahsyat jika kita hidup tanpa Yesus.

Binasa bermaksud dimusnahkan sepenuhnya. Ia tidak bermaksud tiada lagi kesedaran atau tidak wujud lagi di dunia ini, melainkan kehilangan segala kepentingan, nilai, dan makna. Ia bermaksud perpisahan dengan Tuhan selama-lamanya, kehilangan segala yang baik.

Setiap kita telah berdosa dan sepatutnya mati, tetapi kematian Yesus pada kayu salib telah membayar upah dosa sepenuhnya. Dia menanggung hukuman mati untuk pihak kita, supaya kita boleh meletakkan iman kita pada Dia. Kita tidak lagi perlu menghadapi kesudahan yang begitu susah, malah tidak binasa.

Betapa menghiburkannya apabila kita tahu bahawa Yesus telah menyelamatkan kita, maka kita tidak perlu takut akan kematian lagi.

 

Kembali ke laman web Kasih Tuhan Untuk Sedunia.