Hari Ke-3: Bersyukurlah

Hari Ke-3: Bersyukurlah

Bacaan Alkitab: Imamat 23:15-22
Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus. —1 Tesalonika 5:18
Pada musim menuai, memang wajar untuk bersyukur kepada Tuhan atas berkat-Nya yang melimpah-limpah. Hari-hari raya di Israel kuno, yang bermula dalam Imamat 23, merupakan musim perayaan dan jamuan yang meriah serta dilangsungkan selama satu minggu untuk bersyukur atas tuaian mereka (Ulangan 16:9-12). Malah hari ini semasa para petani mengumpulkan tuaian, ramai yang bersyukur kepada Tuhan atas tuaian mereka yang kelimpahan.

Namun, apakah respons kita jika hujan turun bukan pada masanya atau hujan yang berterusan telah menghalang petani mengendalikan mesinnya di ladang atau sawah untuk menuai padi yang sudah masak? Bagaimana jika ribut hujan batu atau binatang memusnahkan tanaman secara tiba-tiba? Atau kemarau yang hangat telah mengeringkan seluruh ladang?

Rasul Paulus menulis, “Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan” (1 Tesalonika 5:18). Ini mungkin kedengaran tidak realistik. Namun cuba fikirkan. Orang Yahudi diperintahkan untuk menyambut Hari-Hari Raya sama ada tuaian mereka berhasil atau tidak. Begitu juga, kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan “dalam segala keadaan”. Lagipun, segala pujian sepatutnya diberikan kepada Tuhan, bukan gudang atau guni yang penuh dengan padi dan tanaman lain.

Ya, kita boleh bersyukur. Kita boleh berbuat demikian sama ada segala perkara berjalan lancar pada hari itu, atau kita sedang menghadapi masalah yang teruk. Kita boleh bersyukur sama ada kita kaya atau miskin, sihat atau sakit. Dalam segala keadaan, kita boleh yakin akan kebaikan Tuhan dan menemukan banyak alasan untuk bersyukur kepada Dia. Lagipun, kesyukuran kita adalah untuk Dia dan hanya kepada-Nya. —David C. Egner

Renungkan apa yang telah dilakukan oleh Tuhan
Demi anda dan orang yang anda kasihi;
Kemudian bersyukurlah kepada Dia dengan pujian
Semoga berkat-Nya menyertai anda. —Sper

Kita tidak perlu memiliki banyak barulah bersyukur, sebaliknya kita harus banyak bersyukur.

Oleh: David C. Egner | Lihat Penulis Lain

Kembali ke laman “Padi Berkat Tuhan”
Rancangan Pembacaan seterusnya: Tuaian Disimpan
1|2|3|4|5