Gloria, muliakan Tuhan Gloria, in excelsis Deo Gloria, muliakan Tuhan Gloria, in excelsis Deo
Tinggi tinggi dalam surga Tent’ra Tuhan yang kudus Tak lelah menyanyi juga Di hadapan Penebus
Laskar tuhan yang perkasa Tinggikan panglimanya Pujian surga dan dunia S’mua diterima-Nya
Wahyu 5:13: Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut—pendeknya semua makhluk di alam semesta ini—menyanyi, “Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu, kami persembahkan pujian dan penghormatan, kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya!”
Lagu Krismas selalu dinyanyikan setiap tahun bagi menghidupkan suasana Krismas; membawa kita memuji dan memuliakan Yesus, Penebus umat manusia daripada dosa kerana hanya Dia yang layak menerimanya.
Yesus lahir dan mati dalam keadaan lemah, tetapi Dialah yang menerima segala kuasa di bumi dan di syurga. Dia dianggap paling miskin dan diketawakan, tetapi Dia memiliki segala kuasa, kebijaksanaan dan kekayaan di syurga. Sejak kelahirannya sehingga menjadi dewasa, nyawa-Nya sudah diancam semasa di dunia. Tetapi sekarang, Dialah yang memiliki segala kekuatan. Dialah yang memiliki dan layak menerima segala kehormatan dan kemuliaan. Dialah yang menjadi tumpuan dalam perayaan Krismas ini.
Semasa merayakan Krismas, apakah dan di manakah tumpuan anda? Adakah baju dan kasut baru? Hiasan yang indah di rumah dan gereja? Tukar hadiah atau makanan? Ingatkan, tumpuan dan segala pujian kita hanya dan patut tertumpu pada Yesus. Nyanyikan lagu ini dengan hati yang sungguh-sungguh memuliakan Tuhan Yesus, Penyelamat kita