Seperti palungan, layakkanlah hatiku menyambut-Mu, Tuhan Seperti emas, kemenyan dan mur Biar hidupku berkenan pada-Mu
Sebab Natal tak akan berarti tanpa kasih-Mu Lahir di hatiku Hanya bersama-Mu Yesus, kurasakan selalu Indahnya Natal di hatiku
Bersama paduan suara Sorga ku bernyanyi Kemuliaan di tempat maha tinggi Dan damai sejahtera di antara manusia Yang hidupnya berkenan kepada-Mu

Lukas 2:10-11: Tetapi malaikat itu berkata, “Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan.”

Jonathan Prawira, penulis dan penggubah lagu ini berkata bahawa lagu ini berkaitan dengan kelahiran Yesus ke dunia. Ketika Yesus lahir, Dia diletakkan dalam palung yang bagi manusia ini tidak layak bagi seorang raja kerana palung adalah tempat makanan binatang. Palung ini menggambarkan hati manusia yang tidak layak untuk menerima kelahiran Yesus kerana dosa kita. Tetapi Yesus tetap datang dan melayakkan setiap manusia untuk menyambut-Nya.

Pernahkah anda berasa tidak layak di hadapan Tuhan? Bukan hasil usaha kita yang melayakkan diri, tetapi semuanya pekerjaan Tuhan. Tidak kira besar atau kecil dosa anda, Yesus sudah melayakkan semua orang yang bertaubat untuk menyambut Dia dan datang kepada Bapa. Dia melayakkan semua orang menerima berkat rohani dan keselamatan-Nya.

Bapa menghantar Anak-Nya, Yesus Kristus ke dunia melalui kelahiran sebagai manusia, semuanya kerana kasih dan rahmat-Nya. Dia tahu kita memerlukan seorang Penyelamat, dan melalui kematian Yesus pada kayu salib, Dia telah mendamaikan kita dengan Bapa.

Seperti perayaan Krismas yang layak disambut oleh semua orang di dunia, begitu juga kelahiran Yesus layak diterima oleh semua orang. Orang yang menyambut Yesus dengan kerendahan hati akan mengalami sukacita dan harapan sejati.

Mari memuliakan Yesus kita melalui lagu ini.