Hari Ke-3: Yesus Mati, Manusia Dibebaskan

Hari Ke-3: Yesus Mati, Manusia Dibebaskan

Bacaan Alkitab: Lukas 23:1–31
Dari segi undang-undang, orang yang didapati tidak bersalah atau tidak dapat dibuktikan bersalah akan dibebaskan daripada hukuman. Namun, kisah Yesus tidak seperti itu. Walaupun semua kenyataan menunjukkan Yesus tidak bersalah, orang Yahudi tetap mahu melihat-Nya dibunuh. Para ketua imam, pemimpin dan orang ramai berada di sana dan mengundi untuk menentang Yesus (ayat 13).

Tiga kali Pilatus merayu kepada orang ramai supaya melepaskan orang yang tidak bersalah ini. Bahkan dia menawarkan kompromi yang kejam: dia mengizinkan Yesus dicambuk sebelum melepaskan-Nya, dengan berharap bahawa setelah orang ramai melihat Yesus yang berdarah-darah, ini akan memuaskan mereka. Namun, mereka menuntut hukuman mati yang paling kejam: penyaliban (ayat 21). Akhirnya, tuntutan kuat untuk pembunuhan mengatasi satu-satunya suara yang meminta keadilan.

Orang meminta supaya Barabas dibebaskan, dan bukannya Yesus (ayat 18). Secara harfiah, “Barabas” bermaksud “anak Abba”—anak bapa. Inilah pilihan orang ramai: Anak Bapa yang tidak bersalah atau
anak bapa yang bersalah. Peribadi yang memberi hidup akan mati—bagi pihak orang yang mengambil nyawa. Yesus akan mengambil tempat Barabas pada kayu salib, sebagaimana Dia mengambil tempat kita pada kayu salib. Barabas, dan kita, dibebaskan kerana Yesus mati untuk kita.

Semasa Yesus berjalan ke tempat penghukuman, di tepi jalan beberapa orang wanita menangisi dan meratapi Yesus. Bukannya semua orang di Yerusalem bersetuju bahawa Yesus dijatuhkan hukuman mati. Namun, tragisnya, dengan melakukan perbuatan jahat ini, pemimpin Yahudi telah
membawa hukuman Tuhan ke atas bangsa mereka (ayat 28-31). Kita sudah melihat pada hari ini suatu kes penyalahgunaan keadilan. Namun, pada waktu yang sama kita diingatkan bahawa Yesus
menanggung kekejaman ini kerana kasih-Nya yang luar biasa bagi anda dan saya.

Renungkan: Apakah pengajaran penting yang boleh kita pelajari tentang kisah pembebasan
Barabas?

Halaman Utama

Rancangan Pembacaan seterusnya: Kebenaran Dalam Ejekan
1|2|3|4|5