Beberapa ribu tahun yang lalu, Tuhan berfirman langsung kepada Musa dan memulakan satu perayaan baharu bagi umat-Nya. Dalam Keluaran 23:16, menurut catatan Musa, Tuhan berkata, “Rayakanlah Perayaan Menuai, dengan mempersembahkan hasil tanaman yang mula-mula dituai.”
Pada hari ini, negara-negara di seluruh dunia melakukan sesuatu yang serupa dengan merayakan nikmat hasil bumi. Di Ghana, rakyat merayakan Perayaan Ubi Keladi sebagai acara menuai. Di Brazil, Dia de Acao de Gracas adalah masa bersyukur untuk tanaman yang menghasilkan makanan mereka. Begitu juga di Malaysia, orang tempatan Sabah dan Sarawak merayakan Pesta Kaamatan dan Gawai untuk bersyukur atas hasil tuaian padi.
Untuk memahami maksud penetapan perayaan penuaian, kita harus mengenal kisah Nuh yang berlaku selepas banjir. Tuhan mengingatkan Nuh dan keluarganya—dan kita—akan pembekalan-Nya supaya kewujudan kita berkembang di bumi ini. Bumi mempunyai musim, siang dan malam serta “musim menabur dan musim menuai” (Kejadian 8:22). Kesyukuran kita untuk hasil penuaian yang mencukupkan kita dalam kehidupan, seharusnya hanya tertuju kepada Tuhan.
Di mana-mana jua anda tinggal atau cara anda merayakan limpah kurnia tanah, ambillah masa pada hari ini untuk mengucapkan syukur kepada Tuhan—kerana kita mungkin tidak mempunyai musim penuaian untuk dirayakan, tanpa reka bentuk Tuhan yang kreatif. —Dave Branon
ini—dengan musim-musimnya, masa penuaian, dan segala yang kami perlukan untuk hidup.
Terimalah ucapan syukur kami.
Kembali ke laman “Padi Berkat Tuhan”
Rancangan Pembacaan seterusnya: Segala Sesuatu Tentang Bersyukur
1|2|3|4|5