Hari Ke-2: Segala Sesuatu Tentang Bersyukur

Hari Ke-2: Segala Sesuatu Tentang Bersyukur

Bacaan Alkitab: Kolose 2:6-7; 3:12-17
Segala sesuatu yang kamu lakukan atau katakan, haruslah dilakukan demi nama Tuhan Yesus. —Kolose 3:17
Selama berabad-abad, orang di banyak negara telah merayakan perayaan menuai untuk meraih hasil tanah dan berkat kehidupan. Pada tahun 1863, Presiden Abraham Lincoln memulakan satu perayaan kebangsaan di Amerika Syarikat, iaitu “hari untuk bersyukur dan memuji Bapa kita yang pemurah.”

Begitu juga dengan kita yang merayakan Kaamatan dan Gawai setiap tahun. Namun, tujuan asal perayaan ini atau cara orang merayakan mungkin bukan seperti yang dikatakan oleh Abraham Lincoln, untuk bersyukur dan memuji Bapa yang pemurah.

Bagaimanapun cara orang lain merayakan Kaamatan dan Gawai, kita sebagai pengikut Kristus mempunyai keistimewaan dan tanggungjawab untuk meluaskan semangat kesyukuran pada setiap hari sepanjang tahun. Paulus menggesa anggota jemaah di Kolose untuk terus bertumbuh dalam Kristus sementara mereka penuh dengan kesyukuran (Kolose 2:6-7). Kita harus melakukan segala sesuatu “demi nama Tuhan Yesus, sambil bersyukur kepada Allah Bapa bagi apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk kamu” (Kolose 3:17).

Pengisytiharan Abraham Lincoln juga menyatakan bahawa semua berkat yang kita terima “adalah pemberian kasih daripada Tuhan Yang Maha Tinggi, kerana walaupun Tuhan berasa murka terhadap dosa kita, Dia tetap berbelas kasihan terhadap kita.”

Inilah hari yang tepat untuk mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan. Dan demikian juga untuk hari esok, dan pada setiap hari yang menyusul. — David C. McCasland

Tuhan layak menerima penyembahan kita,
Dia layak menerima pujian kita,
Muliakan Dia dengan kesyukuran,
Kita memuji Dia dengan nyaring dan gembira. —Penulis Tidak Bernama

Hidup dengan bersukacita berpunca daripada hati yang bersyukur.

Oleh: David C. McCasland | Lihat Penulis Lain

Kembali ke laman “Padi Berkat Tuhan”
Rancangan Pembacaan seterusnya: Bersyukurlah
1|2|3|4|5