Seorang anak t’lah lahir untuk kita
Seorang putera dib’rikan
Lambang pem’rintahan di atas bahuNya
Dan namaNya pun disebut orang
Penasehat ajaib, Allah yang perkasa
Bapa yang kekal, Raja damai
Sambutlah Dia Yesus Tuhan
Jurus’lamat dunia
Yesaya 9:5: Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita! Dia akan menjadi pemimpin kita. Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,” “Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,” “Raja Damai.”
Berita gembira bagi semua umat manusia: Kita telah dianugerahkan seorang Pemimpin, Penasihat Bijaksana, Allah Perkasa, Bapa Kekal dan Raja Damai!
Sangat indahkan? Betapa kita diberkati dan dikasihi oleh Tuhan, Yesus itu sendiri adalah anugerah kita. Kita ada Penasihat Bijaksana ketika kita memerlukan bimbingan dan kebijaksanaan. Kita ada Allah Perkasa ketika kita mengalami ketakutan dan kelemahan. Kita ada Bapa yang kekal ketika kita berasa keseorangan, Yesus mengasihi dan menjaga kita seperti seorang bapa. Kita ada Raja Damai ketika kita memerlukan kedamaian dalam kekacauan dunia.
Sempena Krismas ini, nikmatilah anugerah Tuhan untuk kita, iaitu Yesus Kristus sendiri yang memberi kepuasan sejati dan menyediakan segala yang kita perlukan, bukan yang kita inginkan semata-mata. Sambut dan rayakan Yesus bersama-sama sambil menyanyikan lagu ini. Terpujilah Tuhan kita, Yesus Kristus!
Terima kasih Bapa untuk anugerah indah yang Kau berikan kepada kami. Kami mendapat segala yang kami perlukan di dalam Yesus untuk berjuang dalam hidup. Kami sedar bahawa Engkau lebih mengetahui apa yang kami perlukan, lebih daripada yang kami tahu.