Setiap Orang

Bukankah itu sesuatu perkara yang indah, untuk melihat setiap orang menyambut Hari Krismas, sama ada mereka orang Kristian atau tidak?

Pada Hari Krismas yang pertama di dunia ini, ramai orang tidak percaya kepada Tuhan. Namun, ia merupakan hari bermakna yang sepatutnya diraikan oleh semua, kerana Tuhan memberikan Anak-Nya dan hidup yang sejati dan kekal kepada setiap orang di dunia ini.

Dengan menjanjikan “setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”, Yesus sedang menekankan bahawa sesiapa pun boleh menerima hadiah ini, sekiranya lelaki atau perempuan percaya kepada Dia.

Tiada seorang pun dikecualikan daripada rancangan penyelamatan Tuhan. Ia tidak mengambil kira sama ada siapa diri kita, tempat asal kita, atau apa yang telah kita lakukan pada masa lampau. Pada hakikatnya, orang berdosa merupakan tujuan Yesus datang ke dunia ini. Dia mengatakan: “Orang sihat tidak memerlukan doktor, hanya orang sakit. Aku datang bukan untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi orang yang berdosa supaya mereka bertaubat daripada dosa” (Lukas 5:31-32).

Alangkah baiknya dan mencabar akan kebenaran ini!

Ia bermaksud tiada sesiapa pun yang tidak dapat menerima penebusan Tuhan, kerana Kristus telah menjelaskan bahawa penyelamatan ini adalah disediakan untuk sesiapa yang sudi membuka hati kepada Tuhan. Ia juga bermaksud kita seharusnya berkongsi kebenaran ini dengan orang lain, supaya mereka juga dapat menerima hadiah yang tidak ternilai ini. Sudikah anda berkongsi mesej Krismas dengan “sesiapa” yang anda temui?

 

Kembali ke laman web Kasih Tuhan Untuk Sedunia.