Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat. —Yakobus 5:8
Ya Tuhan, datanglah segera
Ke rumah tuaian-Mu yang terakhir:
Kumpulkanlah umat-Mu,
Bebas daripada kesedihan dan dosa;
Di sana, kita disucikan selamanya,
Tinggal tetap di hadirat-Mu:
Datanglah, dengan semua malaikat-Mu,
Angkatlah pulang tuaian yang mulia.
Semasa kita bersyukur atas berkat padi yang diberikan, ini adalah penting untuk ingat bahawa ketidakpastian dalam rancangan dan hidup kita bagaikan wap yang lenyap dengan cepat (Yakobus 4:14). Yakobus mendorong kita menjadi seperti peladang yang menunggu tanamannya untuk bertumbuh dan menjadi matang. “Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat” (5:8).
Semasa kita bersyukur atas pembekalan Tuhan yang setia untuk keperluan kita pada perayaan tahun ini, marilah menumpukan fikiran kepada kedatangan Yesus yang dijanjikan. Dengan penuh harapan dan kesabaran, kita hidup untuk Dia dan menantikan waktu Dia datang untuk mengumpulkan tuaian-Nya yang mulia. —David C. McCasland
Apabila Penyelamat berseru, “Marilah,”
Akhirnya kita semua dikumpulkan
Ke rumah tuaian di syurga. —Stinson
Kembali ke laman “Padi Berkat Tuhan”
Rancangan Pembacaan seterusnya: Hari Menuai
1|2|3|4|5