Penulis

Lihat semua
Anne Cetas

Anne Cetas

Anne Cetas menjadi pengikut Yesus pada penghujung masa remajanya. Ketika dia berumur 19 tahun, dia diberikan sebuah Our Daily Bread (Pedoman Harian) oleh kawannya supaya membantu dia tetap membaca Alkitab. Dia juga amat berminat membaca Siri Bimbingan yang mempunyai pelbagai topik. Beberapa tahun kemudian, dia menjadi salah seorang staf bahagian editor bagi Our Daily Bread sebagai pembaca pruf. Anne mula menulis buku renungan pada bulan September 2004 dan merupakan editor urusan bagi bahan ini. Anne dan suaminya, Carl suka berjalan sebagai senaman dan menunggang basikal bersama-sama, serta melayani sebagai pengajar dalam pelayanan kawasan bandar.

Artikel oleh Anne Cetas

Melayani Tuhan demi Kebaikan

Brad berpindah ke bandar baharu dan segera beribadat di sebuah gereja. Dia menghadiri ibadah itu selama beberapa minggu, dan kemudian pada suatu Ahad, selepas ibadah dia bercakap dengan pastor tentang keinginannya untuk melayani dalam mana-mana pelayanan yang ada keperluan. Dia berkata, “Saya hanya mahu ‘memegang penyapu.’ ” Dia pun mula membantu dengan menyediakan kerusi untuk ibadah dan membersihkan tandas. Kemudiannya gereja mendapati kurnia Brad adalah dalam mengajar, tetapi dia sanggup melakukan apa sahaja.

Kasih Kurnia Kini

Kami bergegas ke sebuah restoran makanan segera untuk makan tengah hari bersama rakan saya, Jerrie, kerana waktu rehat yang singkat. Setibanya di pintu masuk restoran pada masa yang hampir sama, enam pemuda masuk terlebih dahulu daripada kami. Mengetahui bahawa kami tidak mempunyai banyak masa, kami merungut di dalam hati. Kumpulan orang itu berdiri di hadapan kedua-dua kaunter untuk memastikan setiap mereka boleh memesan makanan terlebih dahulu. Kemudian saya mendengar Jerrie berbisik kepada dirinya sendiri, “Tunjukkan kasih kurnia sekarang.” Wah! Baik sekali jika pemuda itu membiarkan kami memesan makanan terlebih dahulu, tetapi memikirkan keperluan dan keinginan orang lain dan bukan hanya diri sendiri menjadi peringatan yang lebih berharga bagi kita.

Letakkan di atas Piring Tuhan

Selama bertahun-tahun, seorang ibu berdoa sambil menolong anak perempuannya mengharungi sistem penjagaan kesihatan dan mendapatkan kaunseling serta perubatan terbaik. Keadaan tinggi rendah emosi anaknya yang terlalu ekstrem membuatkan ibunya rasa amat tertekan. Oleh sebab sering berasa letih akibat kesedihan, ibunya sedar bahawa dia juga perlu menjaga dirinya sendiri. Seorang kawan mencadangkan dia menulis semua kebimbangannya dan semua perkara di luar kawalannya di atas sekeping kertas, lalu meletakkannya di atas “piring Tuhan” di tepi katilnya. Praktik yang mudah ini tidak menghapuskan semua tekanannya, tetapi dengan melihat piring itu, ibu itu mengingatkan dia bahawa semua kebimbangan itu berada di atas piring Tuhan, bukan di atas bahunya.

Betul-Betul Hidup

Beribu-ribu orang berdoa untuk Pastor Ed Dobson apabila dia didiagnosis dengan ALS (penyakit neuron motor yang boleh membawa maut) pada tahun 2000. Ramai orang percaya bahawa apabila mereka mendoakan penyembuhan dengan penuh iman, Tuhan akan menjawab doa dengan serta-merta. Selepas bergelut dengan penyakit itu selama 12 tahun, otot Ed beransur menjadi lemah (dan 3 tahun sebelum dia meninggal), ada orang bertanya tentang pandangannya mengapa Tuhan masih belum menyembuhkannya. “Aku tidak akan bertanya soalan ini, kerana tiada jawapan yang baik,” jawabnya. Isterinya Lorna, menambah, “Jika kita sentiasa asyik mahu mendapatkan jawapan, kita tidak dapat betul-betul hidup.”

Anda Dikasihi 

Untuk menyatakan kesedihan, Allie, seorang gadis muda, menulis pada sekeping kayu dan meletakkannya di sebuah taman permainan: “Sejujurnya, aku sedih. Tiada sesiapa mahu bermain dengan aku, dan satu-satunya orang yang mendengar aku pun tidak datang lagi. Aku menangis setiap hari.”

Ketika Tiba Masanya

Apabila rakan-rakan saya Al dan Kathy Schiffer menerbangkan pesawat ikonik era Perang Dunia II mereka ke pertunjukan udara, reaksi daripada veteran perang warga emas yang paling bermakna bagi mereka. Para veteran itu akan singgah untuk bercakap-cakap tentang waktu perkhidmatan mereka dalam peperangan dan pesawat pejuang yang dipandu mereka. Kebanyakan kisah pertempuran mereka disampaikan dengan linangan air mata. Ramai yang berkata bahawa berita terbaik yang diterima mereka semasa berkhidmat untuk tanah air ialah, “Hai anak-anak, perang sudah berakhir. Tiba masa kita pulang.”

Bertukar Tempat

Rakan saya Joann meninggal dunia akibat strok ketika wabak Koronavirus mula merebak pada tahun 2020. Pada mulanya keluarga Joann memberitahu bahawa upacara memperingatinya akan diadakan di gerejanya, tetapi kemudian keluarganya memutuskan bahawa adalah lebih baik melangsungkannya di pusat memorial untuk mengawal bilangan hadirin. Jadi keluarga Joann menyiarkan notis baharu ini dalam talian: Joann Warners—Bertukar Tempat.

Teman Malaikat

Selepas menjalani banyak kali ujian perubatan, Bev berasa tertekan dan letih. Dia menjadi cemas apabila doktor memberitahu dia bahawa mereka sedang membuat pemeriksaan kanser ke atasnya. Setiap hari Tuhan menguatkannya dengan janji kehadiran-Nya dan kedamaian yang kekal apabila dia berdoa kepada-Nya atau membaca Alkitab. Dia bergelut dengan ketidakpastian dan belajar untuk menyerahkan segala persoalannya kepada Tuhan. Pada suatu pagi, Bev terbaca ayat dalam Keluaran 23 yang benar-benar menyentuh hatinya sebelum dia menjalani satu pembedahan yang serius: “Aku mengutus malaikat-Ku berjalan di hadapanmu untuk melindungimu di jalan dan untuk membawamu ke tempat yang telah Kusediakan” (ayat 20). 

Komuniti dalam Kristus

Di bahagian selatan Bahamas terletaknya sebidang tanah kecil yang dipanggil Pulau Ragged. Pada kurun ke-19, ia mempunyai sebuah perindustrian garam yang aktif, tetapi disebabkan kemerosotan dalam industri tersebut, banyak orang berpindah ke pulau-pulau yang berdekatan. Pada tahun 2016, apabila kurang daripada 80 orang tinggal di sana, munculnya tiga denominasi agama di pulau tersebut. Namun semua orang berkumpul bersama di sebuah tempat untuk beribadat dan bersekutu setiap minggu. Dengan jumlah penduduk yang sangat sedikit, mereka menyedari bahawa nilai kemasyarakatan adalah sangat penting bagi mereka.