Di Manakah Kita Boleh Bersandar?
Ini upacara pengebumian yang indah!” Cindy berkata sementara kami berjalan keluar. Helen, kawan kami, telah meninggal dunia. Kawan demi kawan merayakan dia dengan berkongsi cerita tentang keperibadiannya yang selalu membawa keseronokan. Tetapi hidup Helen tidak selalu penuh dengan jenaka dan ketawa. Anak saudaranya berkongsi tentang imannya dalam Yesus dan keperihatinannya terhadap orang lain. Helen menyambut dia ke keluarganya ketika dia masih kecil dan menghadapi banyak pergelutan. Sekarang dalam usia dua puluhan, dia berkata mengenai mak ciknya, Helen, “Dia seperti seorang ibu bagi saya. Dia tidak pernah berputus asa dengan saya ketika saya dalam pergelutan. Saya yakin bahawa jika bukan dia, saya akan kehilangan iman saya.” Wau! Amat berpengaruh! Helen bersandar kepada Yesus dan mahu anak saudaranya juga percaya kepada Dia.
Terkejut Oleh Rahmat Tuhan
Seorang wanita dari Grand Rapids, Michigan tertidur di sofa selepas suaminya pergi tidur di bilik mereka. Seorang penceroboh menyusup ke rumahnya melalui pintu gelangsar yang lupa dikunci oleh suami isteri ini. Dia masuk ke bilik tidur suami itu yang sedang tidur lalu mengambil set televisyen. Suami itu terjaga dan ternampak susuk tubuh berdiri di sana, dan berbisik, “Sayang, marilah tidur.”…