Penulis

Lihat semua
Bill Crowder

Bill Crowder

Bill Crowder menyertai Our Daily Bread Ministries lebih daripada 20 tahun sebagai pastor. Bill bekerja rapat dengan Mart DeHaan sebagai timbalan presiden bagi kandungan pengajaran. Selain itu, Bill menghabiskan kebanyakan masanya dalam pengajaran Alkitab bagi para pemimpin Kristian di seluruh dunia. Dia telah menulis banyak buku Siri Bimbingan dan menerbitkan beberapa buku dengan Discovery House Publishers. Bill dan isterinya, Marlene mempunyai lima orang anak dan beberapa orang cucu yang dia akan gembira untuk berkongsi khabar mereka dengan anda.

Artikel oleh Bill Crowder

Perang Tulang  

Pada akhir tahun 1800-an di Amerika Barat, usaha mencari tulang dinosaur telah mencetuskan persaingan sengit yang dikenali sebagai Perang Tulang. Dua orang ahli paleontologi bersaing hebat untuk membuat penemuan paling penting dalam bidang tersebut. Seorang penulis menjelaskan bahawa untuk memperoleh pencapaian tinggi, dua orang itu sanggup menggunakan taktik yang tidak beretika, termasuklah memberi rasuah, mencuri, bahkan memusnahkan tulang dinosaur. Akibat tindakan yang saling merosakkan hasil kerja, kedua-dua orang itu akhirnya menjejaskan reputasi mereka sendiri.

Tidak Lagi Kesunyian  

Henry David Thoreau, seorang penulis Amerika, memerihalkan bandar sebagai tempat ramai orang yang “berasa sunyi bersama-sama.” Kata-kata ini ternyata benar. Pada zaman muda saya, lagu-lagu seperti “Mr. Lonely,” “Only the Lonely,” dan “Eleanor Rigby” berfokus pada keterasingan dan kesunyian. Pada tahun-tahun kebelakangan, pandemik telah menjadi salah satu musim paling isolatif yang pernah dialami dunia. Media sosial pun dapat meredakan kesepian itu, dengan memberi kita hubungan secara maya tanpa hubungan yang sebenar. Barangkali kesunyian merupakan pandemik baharu.

Yang Paling Penting

Thomas de Mahy adalah salah seorang bangsawan yang dibunuh oleh perusuh semasa Revolusi Perancis pada akhir abad kelapan belas. Menurut satu cerita legenda, apabila membaca waran kematiannya, de Mahy menjawab, “Saya nampak anda telah melakukan tiga kesilapan ejaan.” Jika kisah itu benar, de Mahy secara terang-terangan tidak menghiraukan perkara yang jauh lebih penting—kematiannya yang semakin hampir.

Bertumbuh Teguh dalam Tuhan

Semasa kecil, saya sangat suka membaca kisah-kisah tentang lanun. Pengembaraan mereka betul-betul mencetuskan imaginasi saya! Kini, saya tinggal di kawasan yang pernah menjadi sarang utama bagi salah seorang lanun paling terkenal—Blackbeard (nama sebenarnya, Edward Teach). Di perairan tidak jauh dari pantai, di sinilah terdampar bangkai kapal miliknya, Queen Anne’s Revenge.

Keindahan daripada Tragedi

Tasek Coniston di Daerah Tasik England yang indah ialah satu tempat percutian kegemaran bagi banyak keluarga di UK. Perairannya sangat sesuai untuk berperahu, berenang, dan sukan-sukan air yang lain. Namun, tempat yang indah itu juga adalah satu lokasi tragedi besar. Pada tahun 1967, Donald Campbell memandu kapal hidro Bluebird K7, dan cuba memecahkan rekod kelajuan air dunia. Dia mencapai kelajuan maksimum 528 km sejam, tetapi dia tidak sempat meraikan kejayaannya kerana Bluebird terhempas, dan Campbell terbunuh.

Pemilihan yang Berani

Semasa pengarah filem Franco Zeffirelli bersedia untuk membuat filem tentang Romeo and Juliet, karya Shakespeare yang mendapat pujian itu, dia membuat keputusan yang berani. Dia memilih dua orang pelakon yang tidak dikenali untuk memegang watak utama dan menegaskan mereka harus hampir sama umur dengan watak-watak yang ditulis oleh Shakespeare. Zeffirelli akhirnya memilih Leonard Whiting yang berusia tujuh belas tahun sebagai Romeo dan Olivia Hussey yang berusia enam belas tahun sebagai Juliet.

Bukan Orang Biasa 

Penyataan yang terpapar pada dinding bank di tempat tinggal saya menyatakan bahawa prinsip korporatnya boleh diringkaskan dalam satu perkataan: kesopanan. Alangkah gembiranya hati mendapat layanan yang penuh sopan daripada kerani yang membantu saya mengurus transaksi saya di bank itu!

Anak Allah

Baru-baru ini, abang saya Scott memperoleh rekod perkhidmatan ketenteraan ayah kami dalam Perang Dunia II. Ketika saya meneliti halaman-halaman rekod itu, tiada apa-apa yang mengejutkan—tiada apa-apa tentang siapa ayah. Hanya fakta dan data. Rekod tersebut menarik untuk dibaca tetapi tidak memuaskan hati kerana saya langsung tidak mendapati pemahaman yang baru tentang ayah saya.

Ratapan untuk Pujian 

Ada beberapa kisah legenda berkisar tentang penamaan bunga lima kelopak yang indah, bunga yang juga dikenali sebagai bunga “jangan lupakan aku” (forget-me-not). Antara kisah itu ialah dipetik daripada salah satu legenda Jerman. Menurut cerita, ketika Tuhan menamakan semua tumbuhan yang dicipta-Nya, sekuntum bunga kecil bimbang ia akan diabaikan. Jadi bunga itu berseru, “Jangan Lupakan Aku, Ya Tuhan.” Dan itulah nama yang diberikan Tuhan kepadanya.