Penulis

Lihat semua
Cindy Hess Kasper

Cindy Hess Kasper

Cindy Hess Kasper telah melayani di Our Daily Bread Ministries lebih daripada 30 tahun, dan dia bertugas sebagai editor bersekutu untuk Our Daily Journey. Sebagai seorang penulis yang berpengalaman, dia telah menulis artikel-artikel renungan remaja lebih daripada 10 tahun. Cindy ialah anak perempuan editor senior kami, Clair Hess, yang mengajarnya mencintai seni nyanyian dan penulisan. Cindy dan suaminya, Tom, mempunyai tiga orang anak dewasa dan tujuh orang cucu, yang sangat menggembirakan mereka.

Artikel oleh Cindy Hess Kasper

Kemurahan Hati

Beberapa tahun yang lalu, seorang pegawai penasihat kanan presiden tersalah menganggap Jeneral Peter Chiarelli yang berpangkat empat bintang (Jeneral nombor 2 di Tentera Darat Amerika Syarikat pada masa itu) sebagai seorang pelayan waktu majlis makan malam di Rumah Putih, Washington. Sementara jeneral yang berpakaian seragam tersebut berdiri di belakang penasihat kanan itu, dia meminta jeneral tersebut mengambilkan minuman kepadanya. Kemudian penasihat kanan itu sedar akan kesilapannya, tetapi jeneral itu tidak berkecil hati, sebaliknya dengan gembira dia terus menuangkan minuman ke dalam gelas penasihat kanan itu untuk menghilangkan rasa malunya. Jeneral tersebut juga menjemput penasihat itu datang ke rumahnya untuk sesekali makan malam bersama keluarganya.

Kegagalan Bukanlah Kematian

Perdana Menteri England, Winston Churhill, mengetahui cara memperkuat semangat orang British semasa Perang Dunia II. Pada 18 Jun 1940, dia memberitahu orang ramai yang dalam ketakutan, “Hitler tahu bahawa dia harus memecahbelahkan kita … jika tidak dia akan kalah dalam peperangan … Oleh itu, marilah kita kekal teguh … dan ingatkan diri kita bahawa, jika Empayar British [kekal] selama seribu tahun, orang akan masih berkata, ‘Ini adalah masa terbaik mereka!’ ”

Kurnia Air Mata

Saya menelefon seorang kawan lama apabila ibunya meninggal dunia. Dia ialah kawan rapat ibu saya, dan kini kedua-duanya telah meninggal dunia. Ketika kami bercakap, perbualan kami dengan mudah menjadi emosi—air mata kesedihan atas pemergian Beth kini bercampur dengan air mata ketawa ketika kami mengingatkan kembali dia seorang yang penyayang dan menyeronokkan.

Cindy Hess Kasper

Cindy Hess Kasper telah melayani di Our Daily Bread Ministries lebih daripada 30 tahun, dan dia bertugas sebagai editor bersekutu untuk Our Daily Journey. Sebagai seorang penulis yang berpengalaman, dia telah menulis artikel-artikel renungan remaja lebih daripada 10 tahun. Cindy ialah anak perempuan editor senior kami, Clair Hess, yang mengajarnya mencintai seni nyanyian dan penulisan. Cindy dan suaminya, Tom, mempunyai…