Penulis

Lihat semua
Daniel Ryan Day

Daniel Ryan Day

Daniel Ryan Day ialah seorang pencinta keluarga, pengacara radio, pembuat audio siar (podcaster) dan penulis. Dia telah mengarang Ten Days Without, buku yang meningkatkan kesedaran tentang isu-isu sosial global, dan What's Next yang membawa harapan dan kebijaksanaan yang praktikal kepada orang yang sedang bergelut untuk menentukan langkah seterusnya dalam hidup. Daniel berijazah sarjana dalam Teologi dari Seminari Teologi Fuller dan ialah Pengarah bagi YMI di Amerika Syarikat dan Pereka Audio Siar bagi Our Daily Bread Ministries. Dia berkahwin dengan Rebecca yang dikenalnya sejak masa sekolah menengah dan mereka mempunyai 3 anak. Kebanyakan masa dia suka memainkan papan nada elektronik atau memelihara ternakan biri-birinya.

Artikel oleh Daniel Ryan Day

Kuasa Tuhan Diperlihatkan 

Semasa suatu ribut petir, saya dan anak perempuan saya yang berumur 6 tahun duduk di atas lantai sambil menyaksikan dan mengagumi kilat sabung-menyabung melalui pintu kaca. Dia berulang kali mengatakan, “Wah, besarnya Tuhan!” Saya juga merasakan begitu. Ternyatalah bagi kami berdua, kehebatan Tuhan menunjukkan betapa kecilnya kami. Ayat-ayat dalam kitab Ayub terlintas dalam fikiran saya, “Pernahkah engkau pergi ke tempat matahari terbit, ataupun ke tempat asal angin timur?” (Ayub 38:24).