Kasih yang Mengagumkan
Babak-babak terakhir yang bersejarah dalam Perjanjian Lama dijelaskan dalam kitab Ezra dan Nehemia semasa Tuhan membenarkan umat Israel pulang daripada pembuangan dan menetap semula di Yerusalem. Kota Daud dipenuhi semula dengan keluarga-keluarga orang Ibrani, sebuah Rumah TUHAN yang baru dibina, dan dinding rosak dibaiki.
Galeri Tuhan
Mazmur 100 adalah seperti suatu karya seni yang menolong kita merayakan Tuhan kita yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Walaupun fokus penyembahan kita itu tidak kelihatan, umat-Nya membuat Dia dikenali.
Tidak Lagi Mengabaikan
Saya tidak tahu bagaimana orang ini mencari saya, tetapi saya kerap menerima semakin banyak risalah dalam peti surat yang menjemput saya menghadiri akitiviti-aktiviti mereka supaya mereka dapat mengajar saya tentang manfaat-manfaat setelah bersara. Beberapa tahun yang lalu, saya sudah mula menerima jemputan-jemputan untuk menyertai organisasi yang berfungsi untuk pihak pesara. Kesemua peringatan ini berfungsi untuk mengatakan: “Kamu semakin tua. Bersiaplah sedia!”
Dengan Hormat
Warga Israel tidak puas hati dengan kerajaan mereka. Pada akhir 500 SM, orang Yahudi berhasrat untuk menyiapkan pembinaan Rumah Tuhan mereka yang telah dimusnahkan oleh Babilonia pada 586 SM. Bagaimanapun, gabenor mereka tidak memahami perkara yang dilakukan oleh mereka, maka dia mengirim surat kepada Raja Darius (Ezra 5:6-17).
Proses Bertumbuh
Saya seronok melihat cucu lelaki saya yang masih kecil bermain Bola-T dengan kawan-kawannya. Dengan bermain besbol cara ini, pemain yang baru sering berlari ke tempat yang salah atau tidak mengetahui perkara yang perlu dilakukan apabila mereka mendapat bola itu. Sekiranya ini suatu perlawanan besbol profesional, kesilapan ini tidak lagi lucu.
Pilihan Seorang Balu
Pada waktu seorang kawan baik saya kehilangan suaminya akibat serangan penyakit jantung secara tiba-tiba, kami berdukacita bersama dengannya. Sebagai seorang kaunselor, dia telah meng-hiburkan hati ramai orang. Namun sekarang, selepas berkahwin selama 40 tahun, dia menghadapi masa depan yang tidak disenangi, iaitu pulang ke rumah yang kosong pada setiap hari.
Orang Sebenar, Tuhan Sebenar
Beberapa tahun dahulu, saya menerima sepucuk surat daripada seorang pembaca Our Daily Bread selepas saya menulis mengenai tragedi keluarga saya. “Apabila anda memberitahu mengenai tragedi anda,” orang ini menulis, “Saya menyedari bahawa rupa-rupanya penulis adalah orang sebenar yang mempunyai masalah sebenar.” Itu memang benar! Saya melihat seluruh senarai lelaki dan wanita yang menulis artikel-artikel ini, dan saya mendapati ada orang harus mengalami penyakit kanser, kanak-kanak yang sesat, impian yang tidak tercapai dan banyak jenis kehilangan yang lain. Sesungguhnya kita hanya orang biasa, orang sebenar menulis tentang Tuhan sebenar yang memahami masalah sebenar kita.
Adakah Dia Mendengar?
“Kadang-kadang saya rasa Tuhan seolah-olah tidak mendengarkan saya.” Kata-kata itu diluahkan oleh seorang wanita yang berusaha untuk teguh dalam perjalanannya dengan Tuhan sementara menghadapi suaminya yang ketagihan arak. Kata-kata itu juga menggemakan seruan hati ramai orang percaya. Selama bertahun-tahun, dia meminta Tuhan untuk mengubah suaminya. Namun, hal ini tidak pernah berlaku.
Serbuk Berlian
Semasa musim salji paling sejuk melanda kawasan kami di Michigan, Amerika Syarikat, terdapat banyak emosi bercampur tentang keadaan cuaca itu. Sementara musim sejuk berlarutan sehingga bulan Mac, ramai orang sudah mula membenci salji dan asyik mengeluh tentang berita cuaca yang melaporkan bahawa musim salji akan berpanjangan.