Penulis

Lihat semua

Artikel oleh James Banks

Berdoa untuk Jawapan

Apabila anak Monica, Augustine, ingin meninggalkan rumah untuk pergi ke sebuah kota yang terkenal dengan kemaksiatan, dia memohon kepada Tuhan supaya tidak membiarkan anaknya pergi. Namun Augustine tetap pergi, dan hal itu sangat menyedihkan hati ibunya. Tetapi di kota itulah Tuhan mengubah hidupnya. Dalam bukunya, Confessions (Pengakuan-Pengkuan), Augustine kemudian berdoa, “Namun dalam hikmat-Mu yang mendalam, Engkau mendengar inti kerinduan ibuku ... supaya Engkau menjadikan aku seperti yang sentiasa didoakannya.” Akhirnya, Augustine bukan sahaja menjadi seorang yang percaya kepada Yesus, malah dia juga salah seorang pemikir Kristian yang paling berpengaruh dalam sejarah.

Jawapan yang Lemah Lembut

“Tutuplah balik. Dah cukup tu,” kata seorang penternak lebah yang lebih tua dan berpengalaman kepada saya pada suatu petang, ketika saya sedang belajar untuk menjaga sebuah sarang lebah. Ketika itu getaran yang disebabkan oleh pergerakan saya yang terlalu cepat dan kasar telah mengganggu lebah-lebah tersebut, akibatnya banyak lebah berterbangan mengerumuni kepala saya. Walaupun saya sebenarnya cuba menjaga lebah-lebah itu, tindakan saya hanya membuatkan lebah-lebah tersebut semakin marah. Kemudian rakan saya menunjukkan betapa pentingnya untuk bergerak dengan “lembut”, menggunakan gerakan yang perlahan dan tenang supaya tidak mengganggu lebah. Hari ini (bertahun-tahun kemudian), apabila saya mengurus sarang lebah, pergerakan saya menjadi begitu lembut sehingga isteri saya berkata saya seolah-olah sedang menari.

Terus Tabah Hingga Bahagia

Di satu sudut anak tangga bata yang menuju ke pintu depan rumah kami, tumbuh sebatang bunga begonia merah yang tahan lasak. Kami tidak menanamnya—mungkin ia tumbuh sendiri daripada biji benih yang jatuh dari bakul gantung. Tetapi kami membiarkan ia terus tumbuh di situ. Tahun demi tahun, bunga itu menjadi peringatan yang ceria bagi saya dan isteri saya bahawa ketabahan itu sesuatu yang indah.

Pertolongan yang disediakan oleh Tuhan

Pada suatu malam yang gelap tanpa cahaya bulan di Selat Santa Barbara, di pesisir pantai California, seorang nelayan komersial bernama Scott Thompson terjatuh dari botnya. Dia tidak tahu sama ada dia akan terselamat. Dia berenang sekuat tenaga mengejar botnya, tetapi enjin masih hidup dan dia tidak mampu mencapainya. Akhirnya dia berenang ke arah sebuah pelantar minyak yang jauh, dalam kegelapan malam. Ketika harapannya mula pudar, Thompson terdengar bunyi percikan dari air sejuk yang berhampiran dirinya. Seekor anjing laut pelabuhan berenang bersamanya untuk sementara waktu, seolah-olah menolaknya ke arah pelantar tersebut. Lima jam kemudian, Thompson berjaya menamatkan renangan yang panjang itu dan menggambarkan anjing laut tersebut bagaikan “seorang malaikat” yang dihantar untuk menolongnya.

Tuhan Menjaga Kita

Lukisan para malaikat itu sebenarnya sudah ada di situ sejak dahulu, tetapi tiada seorang pun yang masih hidup pernah melihatnya. Lukisan tersebut menghiasi dinding Gereja Old North di Boston, dengan malaikat-malaikatnya memandang ke bawah dari tempat yang tinggi, tetapi telah dilitupi oleh beberapa lapisan cat selama lebih daripada satu abad. Rekod gereja menunjukkan sebuah kontrak bahawa hasil seni ini adalah karya seorang ahli jemaah pada tahun 1730 ketika gereja itu sedang dibina. Projek pemulihan yang bermula pada tahun 2017 akhirnya menemukan semula lukisan para malaikat tersebut.

Hati Seorang Gembala

“Tim, seekor anak rusa terperangkap di pagar kita!” seru Heather kepada suaminya,. Tim dengan lembut melepaskannya, tetapi ibu rusa itu tidak kelihatan di mana-mana.

Wajah yang Berseri-seri

Ketika doktor haiwan membuat pemeriksaan tahunan pada anjing kecil kami, dia berkata, “Mukanya gula!” “’Muka gula’? Apakah itu?”, tanya saya. “Itulah istilah untuk anjing baka retriever yang mukanya menjadi putih lebih awal daripada biasa,” jawabnya sambil tersenyum. “Ia cuma menunjukkan bahawa dia punya sifat manis,” tambahnya.

Kasih yang Melampaui Jarak

“Kami melambai-lambai sehingga mereka hilang daripada pandangan. Itulah cara untuk menunjukkan kami mengasihi mereka.” Kata-kata ibu saya ketika saya masih kecil menjelaskan satu kebiasaan yang dilakukannya dan ayah saya apabila ada saudara-mara meninggalkan rumah kami selepas mengunjungi kami. Ibu dan ayah akan berdiri di luar sambil melambai-lambai kepada mereka yang pergi sehingga mereka lenyap di kejauhan. Kadang-kadang mereka berdiri di situ untuk masa yang lama, tetapi itu tidak mengapa bagi mereka. Apabila saya sendiri sudah membesar dan berpindah ke tempat lain, barulah saya memahami sebabnya.

Setia dan Pengampun

“Ini bukan salahku!” Han Solo berseru dalam filem The Empire Strikes Back apabila kapal angkasanya diserang dan nampaknya tiada jalan keluar, hanya kerana satu pembaikan yang belum dibuat. Ketika dia berkata demikian, orang menjangka dia sekurang-kurangnya harus bertanggungjawab atas keadaannya, tetapi dia tidak mahu mengakuinya.