Selamat Pulang!
Apabila kami menghadapi masa yang amat mencabar dengan anak lelaki kami, seorang rakan menarik saya ke tepi selepas persekutuan gereja. “Saya mahu anda tahu bahawa saya berdoa untuk anda dan anak anda setiap hari,” katanya. Kemudian dia berkata: “Saya berasa bersalah.”
Menunggu Jawapan
Ketika anak perempuan kami berumur 15 tahun, dia melarikan diri. Dia telah hilang lebih daripada 3 minggu. Tempoh itu merupakan 3 minggu yang paling panjang dalam hidup kami. Kami mencari dia di merata tempat dan meminta bantuan daripada polis dan rakan-rakan. Pada masa-masa yang mencemaskan itu, saya dan isteri belajar kepentingan menunggu akan Tuhan dalam doa. Kami telah kehabisan sumber dan kekuatan. Kami harus bergantung kepada Tuhan.