Penulis

Lihat semua
John Blase

John Blase

John ialah pengkhutbah lebih daripada 10 tahun tetapi dia membuat keputusan untuk mula menulis dan menjual sajaknya. Pada waktu siang dia bekerja sebagai editor perkembangan bagi WaterBrook & Multnomah Publishers di Colorado Springs, Colorado. Walaupun dia tinggal di kawasan Barat, dia tetap orang yang berjiwa Selatan. Buku-buku yang ditulisnya termasuk: The Jubilee: Poems; Know When to Hold ’Em: The High Stakes Game of Fatherhood; Touching Wonder: Recapturing the Awe of Christmas; dan All Is Grace: A Ragamuffin Memoir. Dia berkata dia orang yang bahagia kerana memiliki seorang isteri yang cantik dan tiga orang anak yang menyerupai ibu mereka.

Artikel oleh John Blase

Di Sebalik Kesedihan

Penyanyi dan penggubah lagu dari Kanada, Gordon Lightfoot, paling dikenali untuk karya-karya klasik yang tak luput dek zaman, seperti “The Wreck of the Edmund Fitzgerald” dan “If You Could Read My Mind.” Akan tetapi, salah sebuah lagunya yang kurang dikenali bertajuk “The Minstrel of the Dawn.” (Seorang minstrel/pendendang ialah seorang penyair keliling atau penyanyi yang menyampaikan puisinya dengan irama muzik.) Seperti kita, penyair keliling Lightfoot ingin menjadi “lebih gembira daripada bersedih.” Walaupun sentiasa ada perkara “sedih” untuk difikirkan atau direnungkan, pendendang memilih untuk berfokus pada perkara-perkara gembira apabila hari baharu menyingsing dan kemudian menyanyikannya.

Ketidakgelisahan

Dalam bukunya Generation to Generation (1985), Edwin Friedman, seorang pakar terapi keluarga dan Rabi (guru agama Yahudi) memperkenalkan konsep “ketidakgelisahan”. Kemudian dia menjelaskannya lebih lanjut dalam bukunya, A Failure of Nerve. Menurut Friedman, “Suasana zaman moden di Amerika sudah terlalu lama hidup dalam kekhuatiran yang kronik, sehingga masyarakat kita mengalami kemerosotan emosi yang toksik bagi kepimpinan yang sihat dan berpendirian tegap.” Friedman menegaskan bahawa kekhuatiran kronik seperti ini boleh merebak dalam komuniti seperti keluarga, tempat kerja, atau gereja. Bagaimanapun, Friedman juga menegaskan bahawa seorang pemimpin yang hadir dalam keadaan ketidakgelisahan, yakni secara tenang dan stabil boleh memberi kesan yang sebaliknya, pemimpin sedemikian boleh menjadi sumber kesejahteraan di tengah-tengah krisis.

Ciptaan Indah Tuhan

Bagi seorang ibu bapa, kematian seorang anak adalah menyeksakan, apatah lagi kehilangan dua orang anak? Mustahil dibayangkan! Namun, itulah pengalaman seorang pemuzik, penulis, dan pelakon dari Australia, Nick Cave. Pada tahun 2015, anaknya yang berusia lima belas tahun terjatuh dari tebing dan meninggal dunia. Beberapa tahun kemudian, anak sulungnya juga meninggal dunia. Dalam cengkaman kesedihan yang begitu mendalam, bagaimanakah Cave dan isterinya meneruskan hidup? Bagaimanakah pula dengan anda?

Doakan Apa yang Ada di Hatimu  

Setiap malam Khamis, apabila Brenda dan Eddie masuk ke dalam kereta, dialog ini akan bermula. “Awak nak makan di mana?” “Oh, Eddie, saya tak kisah, mana-mana pun boleh saja.” Eddie sudah biasa dengan jawapan ini. “Baiklah, apa kata kita pergi Restoran ‘The Windmill’?” Brenda tiba-tiba membantah. “Jangan, mana-mana saja asalkan bukan di situ!” Eddie mengeluh. “Jadi, di manalah?” Brenda tetap berkata, “Hmm, mana-mana pun boleh.”

Rahmat Tuhan yang Cukup

Mary Flannery O’Connor, atau lebih dikenali sebagai Flannery O’Connor, ialah salah seorang penulis Amerika Selatan yang paling terkenal. Karyanya penuh dengan tema penderitaan dan rahmat. Apabila bapa yang dikasihinya meninggal dunia akibat penyakit lupus ketika dia berusia lima belas tahun, O’Connor yang sangat sedih, menumpukan sepenuh hati dalam penulisan novel pertamanya. Tidak lama kemudian dia juga disahkan menghidap lupus, penyakit autoimun yang tidak dapat diubati, yang akhirnya meragut nyawanya pada usia tiga puluh sembilan tahun. Penulisan O’Connor menggambarkan penderitaan fizikal dan mentalnya. Novelis Alice McDermott pernah berkata, “Saya fikir, penyakit itulah yang menjadikan dia penulis seperti itu.”

Kerja yang Bermakna

Hampir di penghujung novel sejarah, Brendan, karya Frederick Buechner, ada satu adegan yang sangat menyentuh hati. Watak bernama Gildas bangun dan menunjukkan bahawa sebelah kakinya, dari lutut ke bawah, telah tiada. Semasa dia cuba mencapai tongkatnya untuk berdiri, badannya tidak seimbang. Dengan cepat Brendan terus melompat dan menyambutnya sebelum dia terjatuh

Mencari Belas Kasihan

Para peminatnya mengenalinya sebagai Nightbirde. Penyanyi-penggubah lagu, Jane Kristen Marczewski, memenangi rancangan bakat TV popular pada tahun 2021. Pada tahun 2017, dia telah didiagnosis dengan kanser payudara Tahap 3. Pada tahun 2018, dia mengalami pemulihan. Dia mula melancong, tetapi beberapa bulan kemudian kanser itu kembali, dan dia hanya tinggal sedikit peluang untuk terus hidup. Secara luar biasanya, dia pulih kemudian dan diisytiharkan bebas kanser. Tetapi pada 19 Februari 2022, Nightbirde meninggal dunia.

Harta Tuhan

Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar perkataan harta? Mungkin anda terfikir tentang hartanah. Tapi “harta milik” juga boleh bermaksud “sifat atau ciri yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu benda.” Contohnya, sifat kayu tertentu memberitahu kita tentang kualitinya. Apakah teksturnya? Adakah ia mudah mengecut? Adakah ia tahan air? Dengan kata lain, apakah ciri-ciri kayu itu yang boleh kita harapkan?

Inilah Perkara yang Menakutkan

“Inilah perkara yang menakutkan / mencintai apa yang boleh diragut oleh kematian.” Terjemahan puisi ini pada abad kedua puluh merupakan permulaan sebuah puisi yang ditulis lebih daripada seribu tahun yang lalu oleh penyair Yahudi Judah Halevi. Penyair menjelaskan apa yang ada di sebalik ketakutan itu: “mencintai …. / Dan oh, akan kehilangan.”