Penulis

Lihat semua
Jolene Philo

Jolene Philo

Jolene Philo ialah seorang guru selama 25 tahun, dia sekarang menjadi pengarang dan penceramah tentang pengasuhan. Dia seorang penulis bagi buku The Caregivers Notebook yang diterbitkan oleh Discovery House. Dia juga menjadi pengacara bagi komuniti dalam talian untuk ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa di DifferentDream.com. Dia tinggal bersama dengan suami dan 2 orang anak di Iowa, Amerika Syarikat.

Artikel oleh Jolene Philo

Ada Masalah

Pada pagi selepas anak lelaki kami, Allen dilahirkan, doktor duduk di sebuah kerusi di hujung katil saya dan berkata, “Anak anda ada masalah kesihatan.” Anak kami yang kelihatan sempurna secara luaran sebenarnya mempunyai kecacatan yang menggugat nyawa sejak lahir. Dia perlu dipindahkan ke sebuah hospital yang terletak sejauh 1130 km untuk pembedahan segera.