Menembusi Kegelapan
Pertama kali saya ternampak kejadian itu, walaupun sepintas lalu sahaja, adalah ketika saya masih seorang pelajar di universiti. Pada malam musim luruh yang dingin, jauh dari kelipan-kelipan lampu di bandar, saya menaiki sebuah gerabak kereta api yang sarat dengan rumput kering dan kawan-kawan yang bising, tiba-tiba langit menjadi cerah dan terdapat banyak warna kelihatan di ufuk. Saya terpukau. Semenjak malam itu, saya terpesona dengan fenomena yang dipanggil aurora borealis, juga dikenali sebagai northern lights (cahaya utara). Biasanya cahaya tersebut kelihatan jauh di kawasan utara, tempat tinggal saya, namun adakalanya ia boleh kelihatan di kedudukan yang lebih rendah. Saya amat ingin menyaksikan fenomena ini lagi. Jadi bila-bila masa apabila saya melihat bahawa terdapat tanda-tanda cahaya tersebut, saya akan memberitahu kawan-kawan saya, “Mungkin malam ini…”
Umur Bukanlah Penghalang
Setelah memiliki dan bekerja di sebuah makmal pergigian selama 50 tahun, Dave Bowman merancang untuk bersara dan menjalani kehidupan yang tenang. Kencing manis dan pembedahan jantungnya memperkukuhkan keputusan tersebut. Tetapi apabila dia mendengar tentang sekumpulan pelarian muda dari Sudan yang memerlukan bantuan, dia telah membuat satu keputusan yang mengubah hidupnya. Dia bersetuju untuk menaja kelima-lima mereka.
Penolong Senyap
Penemuan penisilin merevolusikan penjagaan kesihatan. Sebelum tahun 1940-an, jangkitan bakteria sering membawa maut. Sejak itu, penisilin telah menyelamatkan nyawa yang tidak terkira banyaknya dengan membunuh bakteria yang berbahaya. Orang-orang yang mengiktiraf potensi penisilin dan mengembangkannya untuk kegunaan meluas telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1945.
Debit Dan Kredit
Apabila suami saya mengajar kelas perakaunan di sebuah kolej tempatan, saya mengambil salah satu ujian itu hanya untuk suka-suka bagi melihat sebaik mana saya boleh melakukannya. Keputusannya tidak baik. Saya menjawab setiap soalan dengan salah. Saya gagal kerana saya bermula dengan kefahaman yang salah mengenai konsep asas perbankan. Saya terbalikkan debit dan kredit.
Sampah-Sarap Siapa?
T idak bolehkah mereka bawa sampah mereka sehingga ke sini?” saya bersungut kepada Jay sementara memungut botol-botol dari pantai dan memasukkan ke dalam tong sampah yang terletak lebih kurang sejauh 6 meter. “Adakah mereka berasa selesa setelah mengotorkan pantai dan orang lain terpaksa menanggungnya? Saya berharap orang yang mengotorkan pantai ialah para pelancong, kerana saya tidak berharap bahawa sesiapa orang tempatan mengunjungi pantai ini dengan sikap tidak hormat.”
Padang Gurun
Kering. Berhabuk. Berbahaya. Itu gambaran desert (gurun). Tempat yang hanya ada sedikit air, tempat yang tidak sesuai untuk didiami. Maka tidak hairanlah perkataan Inggeris deserted menerangkan sebuah tempat yang tidak berpenghuni. Kehidupan di gurun adalah sukar. Hanya sedikit orang memilih untuk tinggal di situ. Namun kadangkala kita tidak dapat mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sama.
Dalam Alkitab, umat…
Angkat Tangan Anda
Kumpulan koir St. Olaf dari Northfield, Minnesota, adalah terkenal dengan muzik mereka yang indah. Alasan keunggulannya ialah proses pemilihan ahli koir. Para pemohon bukan sahaja dipilih berdasarkan bakat nyanyian mereka, tetapi juga kepaduan suara mereka semasa menyanyi dalam kumpulan. Selain itu, semua ahli harus mengutamakan koir ini dan komited kepada jadual latihan dan persembahan yang ketat.
Misteri Yang Tersembunyi
Kita tidak pernah menyaksikan kebanyakan perkara yang berlaku di alam semesta ini. Banyak benda terlalu kecil atau bergerak sangat laju, atau malahan bergerak dengan terlalu lambat untuk kita lihat. Bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi moden, seorang pembuat filem yang bernama Louis Schwartzberg boleh menunjukkan imej-imej video yang menakjubkan daripada beberapa benda itu—mulut seekor ulat bulu, mata seekor lalat, pertumbuhan sekuntum cendawan.
Apa Kenanya Dengan Kamu?
Media sosial adalah berguna bagi banyak perkara, tetapi ia tidak membawa kepuasan. Sekurang-kurangnya bukan bagi saya. Walaupun matlamat saya adalah baik, saya boleh berasa kecewa kerana terus diingatkan bahawa orang lain telah mencapai matlamat mereka lebih dahulu atau dengan hasil yang lebih hebat. Saya mudah dipengaruhi oleh kekecewaan seperti ini, jadi saya kerap mengingatkan diri sendiri bahawa Tuhan memang mencukupkan saya dengan apa yang saya harapkan. Dia telah memberikan segala yang saya perlukan untuk melaksanakan kerja yang dikehendaki-Nya.