Penulis

Lihat semua
Karen Pimpo

Karen Pimpo

Selepas membesar di kawasan metropolitan Chicago, Karen Pimpo berpindah ke Grand Rapids dan berumah tangga di sana. Dia bekerja sebagai pengurus projek dalam bidang komunikasi pemasaran, yang tugasnya adalah membantu organisasi-organisasi membuat untung atau yang bukan membuat untung untuk menyampaikan cerita mereka dengan cara yang kreatif. Karen ialah penyumbang penulisan bagi YMI (ymi.today), salah satu pelayanan Our Daily Bread Ministries, dan anggota Korus Simfoni Grand Rapids. Dia sangat suka makan snek selepas sarapan, bersiar-siar di hutan, dan menerokai muzik baru.

Artikel oleh Karen Pimpo

Yesus Raja Kita

Semasa menggerudi minyak di salah sebuah negara yang paling panas dan kering di dunia, para penggerudi terkejut apabila menemui sebuah sistem air bawah tanah yang besar. Oleh itu, pada tahun 1983, projek “sungai buatan manusia yang hebat” telah dimulakan, sistem paip telah dibina untuk membawa air tawar berkualiti tinggi ke bandar-bandar yang amat memerlukan air. Papan tanda berhampiran permulaan projek tersebut tertulis kata-kata berikut, “Dari sini mengalir arteri kehidupan.”

Kota yang Adil

Pada malam sebelum tahun baru 2000, pegawai-pegawai kerajaan di Detroit dengan berhati-hati membuka satu kapsul masa yang berusia 100 tahun. Di dalam kotak tembaga itu terdapat ramalan yang penuh harapan daripada beberapa orang pemimpin bandar yang menyatakan visi kemakmuran. Namun mesej daripada Datuk Bandar memberikan pendekatan yang berbeza. Dia menulis, “Semoga kita dibenarkan untuk meluahkan satu harapan yang lebih besar kepada semua orang … kita akan sedar, bahawa sebagai satu negara, rakyat dan bandar, kita mahu bertumbuh dalam kebenaran, kerana barulah sesebuah negara akan menjadi makmur.”

Kemenangan Tertinggi Yesus

Di beberapa buah kem tentera di seluruh Eropah semasa Perang Dunia II, sejenis bekalan yang luar biasa telah dijatuhkan dari udara untuk para askar yang merindui kampung halaman mereka—piano-piano tegak. Piano ini dibuat khas dengan hanya mengandungi sepuluh peratus jumlah logam biasa, diliputi dengan gam kalis air khas dan rawatan anti serangga. Piano ini ringkas dan lasak, tetapi menyediakan hiburan yang membangkitkan semangat bagi para askar yang berkumpul selama berjam-jam untuk menyanyikan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan di rumah.

Peliharalah Kebun Anda

Saya begitu teruja dapat menanami kebun di belakang rumah kami dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun kemudiannya saya mula nampak lubang-lubang kecil di dalam tanah. Belum sempat masak, buah sulung kami hilang secara misteri. Pada suatu hari, saya terkejut kerana mendapati pokok strawberi terbesar kami tercabut sepenuhnya oleh arnab yang bersarang dan lecuh oleh terik matahari. Alangkah baiknya saya memberi perhatian yang lebih teliti kepada tanda-tanda amaran sebelum ini!

Penyatuan Bangsa

Sempadan antara Amerika Syarikat dan Kanada adalah yang terpanjang di dunia, yang meliputi 8 kilometer persegi. Biasanya para pekerja akan menebang pokok setinggi 3 meter di kedua belah sempadan supaya garisan sempadan dapat dilihat dengan jelas. Kawasan yang telah dibersihkan tersebut dipanggil ‘the Slash,’ ditandai dengan sejumlah 8 ribu penanda batu agar pelawat yang datang akan mengetahui kedudukan garisan sempadan tersebut. 

Hidup yang Kekal

“Jangan takut mati, Winnie,” kata Angus Tuck, “Takutlah hidup yang tidak bernyawa.” Petikan ini diambil daripada buku Tuck Everlasting yang telah dijadikan filem. Lebih menarik lagi, kata-kata ini diucapkan oleh watak yang hidup kekal. Dalam cerita itu, keluarga Tuck telah menjadi abadi. James Tuck yang muda telah jatuh cinta dengan Winnie, lalu menggesa dia mencari keabadian juga, supaya mereka boleh bersama selamanya. Tetapi Angus yang bijak memahami bahawa hidup kekal tidak akan menjamin kepuasan hidup. 

Kesetiaan Masa Depan 

Sara kehilangan ibunya ketika dia baru berusia 14 tahun. Tidak lama kemudian dia dan adik-beradiknya kehilangan tempat tinggal dan menjadi gelandangan. Bertahun-tahun kemudian, Sara ingin menyediakan warisan kepada bakal anak-anaknya yang boleh diturunkan daripada generasi kepada generasi seterusnya. Maka dia bekerja keras untuk membeli sebuah rumah, memberikan keluarganya sebuah rumah yang stabil dan tidak pernah dimilikinya.

Tetap Yakin kepada Tuhan

Para penyelidik di Fujian, negara Cina ingin menolong para pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk tidur lebih nyenyak. Mereka menilai kesan alat bantu tidur terhadap individu-individu yang diuji kaji dalam simulasi persekitaran ICU yang dilengkapi dengan lampu gred hospital yang terang-benderang, rakaman audio bunyi peralatan hospital dan percakapan para jururawat. Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa alat-alat seperti topeng tidur dan penyumbat telinga dapat menambah baik mutu tidur individu-individu yang diuji. Namun mereka mengesahkan, pesakit yang betul-betul sakit di ICU yang sebenar sememangnya sukar sekali untuk tidur nyenyak.

Hadiah Kasih Kurnia

Apabila kawan saya memberi saya satu hadiah baru-baru ini, saya terkejut. Saya tidak berfikir bahawa saya layak menerima hadiah yang begitu baik daripadanya. Dia menghantarnya selepas mendengar tentang tekanan kerja yang saya alami. Namun dia juga mengalami tekanan yang sama, bahkan mungkin lebih berat; masalah tentang ibu bapa yang semakin tua, anak-anaknya yang mencabar, pergolakan di tempat kerja dan tekanan dalam perkahwinannya. Saya tidak percaya dia telah memikirkan tentang saya berbanding dirinya sendiri, dan hadiahnya yang sederhana itu membuatkan saya menangis.