Penulis

Lihat semua
Lawrence Darmani

Lawrence Darmani

Lawrence Darmani ialah seorang penulis novel berbangsa Ghana. Novel pertamanya, Grief Child, telah memenangi Anugerah Penulis Komanwel, buku pertama dari Afrika yang mendapat anugerah karya terbaik. Dia seorang editor bagi majalah Step dan pengarah bagi Step Publishers. Dia dan keluarganya tinggal di Accra, Ghana.

Artikel oleh Lawrence Darmani

Apabila Ia Tidak Berjalan Baik

Kata-kata pertama yang suka dipetik oleh ramai orang apabila ditimpa malang adalah: “Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia” (Roma 8:28). Namun itu sukar dipercayai ketika dalam kesukaran. Saya pernah duduk dengan seorang lelaki yang telah kehilangan anak ketiga secara berturut-turut, dan saya mendengar sementara dia meratap, “Bagaimana mungkin tragedi ini mendatangkan kebaikan kepada saya?” Saya tidak mempunyai jawapan tetapi hanya duduk dengan senyap dan turut berdukacita dengan dia. Beberapa bulan kemudian, dia bersyukur sambil berkata, “Kesedihan saya menarik saya lebih dekat kepada Tuhan.”

Hak Keistimewaan Keluarga

Semasa saya berada di sekolah rendah di Ghana, Afrika, saya harus tinggal bersama dengan keluarga yang prihatin dan penyayang, jauh daripada ibu bapa saya. Pada suatu hari, semua kanak-kanak berhimpun untuk pertemuan keluarga khusus. Bahagian pertama melibatkan kami semua berkongsi pengalaman masing-masing. Tetapi berikutnya, apabila hanya “anak-anak kandung” dikehendaki hadir, saya dengan sopan dikecualikan. Lalu kenyataan sebenar memukul saya: Saya bukan seorang “anak keluarga.” Walaupun mereka sayangkan saya, keluarga itu harus mengecualikan saya kerana saya hanya tinggal bersama-sama mereka; saya bukan bahagian yang sah dalam keluarga mereka.

Hati yang Mengabdi

Seorang peniaga Kristian yang berjaya telah berkongsi kisahnya kepada kami di gereja. Dia berterus-terang menceritakan pergelutannya dalam iman dan kekayaannya yang banyak. Katanya, “Kekayaan menakutkan saya!”

Hati yang Berubah

Pada zaman awal 1970-an di negara Ghana, sebuah tajuk poster yang berbunyi “Hati Manusia” dilekatkan pada tembok dan papan-papan notis awam. Dalam sekeping poster, terdapat lukisan berbentuk hati yang dipenuhi dengan gambar semua jenis reptilia —yang melambangkan kekejian dan sifat kehinaan—dan di atasnya dilukiskan kepala seorang lelaki yang sangat sedih. Pada gambar lain, lukisan berbentuk hati itu bersih dan tenang dengan kepala seorang lelaki yang berpuas hati. Keterangan gambar di bawahnya berbunyi: “Yang manakah keadaan hati anda?”

Kata-Kata Yang Berapi-Api

Di utara Ghana, iaitu negara asal saya, kebakaran semak belukar biasanya berlaku pada musim kemarau antara bulan Disember hingga Mac. Saya telah menyaksikan beberapa ekar tanah ladang terbakar apabila angin meniupkan bara daripada perapian atau puntung rokok yang dibuang dengan lalai di tepi jalan. Api yang sangat kecil sahaja pun boleh menyebabkan kebakaran dan kemusnahan di padang rumput yang kering di kawasan itu.

Kekuatan dalam Ketenangan

Pada awal kehidupan Kristian saya, tuntutan-tuntutan komitmen membuatkan saya tertanya-tanya sama ada saya boleh berdiri teguh tanpa kembali ke cara hidup lama yang berdosa dalam setahun. Tetapi ayat firman Tuhan ini telah membantu saya: “TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa” (Keluaran 14:14). Kata-kata itu diucapkan oleh Musa kepada umat Israel semasa mereka baru terlepas daripada perhambaan di Mesir dan dikejar oleh Firaun. Mereka berasa kecewa dan takut.

Roda Yang Berkeriut

Roda yang berkeriut mendapat minyak” ialah peribahasa bahasa Inggeris yang popular. Sewaktu saya masih kecil, saya menunggang basikal untuk jarak yang jauh antara rumah dan sekolah, bunyi tajam roda menarik perhatian saya akan keperluan untuk melincirkannya.

Teguran Yang Lemah Lembut

Pada akhir persidangan di Nairobi, Kenya, kumpulan kami bertolak dari pusat persidangan ke sebuah rumah tamu untuk bersiap bagi penerbangan pulang pada keesokan hari. Ketika kami tiba, seorang wanita dalam kumpulan kami terlupakan bagasinya di pusat persidangan itu. Selepas dia kembali untuk mendapatkan bagasinya, ketua kumpulan kami (seorang yang amat teliti) mengkritiknya dengan kata-kata yang tajam di depan kami.

Keesokan…

Pergilah Sekarang!

Lebih daripada 10,000 orang penginjil dan pemimpin Kristian duduk di auditorium gergasi di Amsterdam pada tahun 1986 untuk mendengar khutbah daripada penginjil yang terkenal, Billy Graham. Saya turut salah seorang hadirin, ketika dia meriwayatkan beberapa pengalamannya. Kemudian, saya terkejut kerana dia berkata, “Biar saya beritahu anda: setiap kali saya berdiri di hadapan umat Tuhan untuk berkhutbah, saya geletar dan lutut saya terhuyung-hayang.”…