Penulis

Lihat semua
Lisa M. Samra

Lisa M. Samra

Lisa rindu untuk melihat Kristus dimuliakan melalui kehidupannya dan pelayanannya. Disebabkan dia dilahirkan dan dibesarkan di Texas, Amerika Syarikat, dia selalu ingin makan daging barbeku dan minum teh manis. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Kewartawanan dari University of Texas dan Sarjana Pengkajian Alkitabiah dari Seminari Dallas Theological. Kini Lisa tinggal di Grand Rapids, Michigan dengan suaminya, Jim dan empat orang anak. Selain mengarang, dia juga berminat untuk mengendalikan pemuridan bagi golongan wanita, dan membina kumpulan yang berfokuskan pembentukan rohani dan pembangunan kepimpinan. Lisa bersyukur kerana dapat pergi ke banyak tempat dan mendapat inspirasi dengan mengalami keindahan budaya, tempat serta mengenal orang tempatan yang berbeza. Lisa suka minum kopi, membuat senaman lari dan membaca buku, cuma bukan melakukan semua ini pada masa yang sama.

Artikel oleh Lisa M. Samra

Keseorangan, tetapi tidak Dilupakan

Apabila anda mendengar cerita mereka, jelas bahawa kesukaran paling besar yang mungkin dihadapi oleh para banduan ialah pengasingan dan kesepian. Malah, satu kajian menunjukkan bahawa tanpa mengambil kira tempoh mereka dipenjara, kebanyakan banduan hanya menerima dua lawatan daripada rakan atau ahli keluarga sepanjang mereka berada di penjara. Kesepian ialah realiti yang berterusan.

Diingati dalam Doa 

Malcolm Cloutt telah dinamakan sebagai penerima kehormat Maundy Money pada tahun 2021 oleh Ratu Elizabeth II, satu anugerah perkhidmatan tahunan yang disampaikan kepada lelaki dan wanita British. Cloutt, yang berumur seratus tahun pada masa pengiktirafan, diberi penghormatan tersebut kerana dia telah mengedarkan satu ribu buah Alkitab sepanjang hayatnya. Cloutt telah menyimpan rekod setiap orang yang menerima Alkitab daripadanya dan sentiasa mendoakan mereka.

Diperkasakan setiap Hari

Every Moment Holy merupakan sebuah buku doa yang indah untuk pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti biasa seperti menyediakan hidangan atau mencuci pakaian. Begitu juga bagi tugasan yang perlu dilakukan tetapi terasa berulang-ulang atau tidak menarik. Buku tersebut mengingatkan saya tentang kata-kata pengarang G. K. Chesterton, yang menulis, “Anda berdoa sebelum makan. Baiklah. Akan tetapi, aku berdoa sebelum melakar, melukis, berenang, melawan pedang, bertinju, berjalan, bermain, menari, dan sebelum aku mencelupkan pen ke dalam dakwat.” 

Disambungkan kepada Sumber Kuasa 

Walaupun saya tahu bahawa bekalan elektrik terputus di rumah kami selepas berlakunya ribut petir (kesulitan yang sering berlaku di kawasan kejiranan kami), saya tetap memetik suis lampu secara spontan apabila saya memasuki bilik saya. Sudah tentu tiada apa-apa yang terjadi. Saya masih diselubungi kegelapan.

Besarnya Kuasa Tuhan 

Sesuatu yang mustahil telah berlaku apabila angin taufan telah mengubah aliran Sungai Mississippi. Pada bulan Ogos 2021, Taufan Ida telah melanda persisiran Louisiana dan menyebabkan berlakunya “aliran negatif”, iaitu air telah mengalir ke hulu sungai selama beberapa jam. 

Hidup Bebas

Di Texas, tempat saya membesar, ada satu sambutan perarakan dan perkelahan untuk komuniti orang berkulit hitam pada setiap 19 Jun. Sehingga saya masuk ke alam remaja, barulah saya faham betapa pentingnya untuk menyambut peristiwa sedih yang dipanggil Juneteenth (gabungan perkataan “June” dan “nineteenth”). Juneteenth merupakan hari untuk memperingati hari pada tahun 1865 apabila para abdi di Texas menyedari bahawa Presiden Abraham Lincoln telah menandatangani Pengisytiharan Pembebasan yang memberi mereka kebebasan—dua tahun setengah sebelum ini. Para abdi di Texas terus hidup dalam perhambaan sepanjang masa itu kerana mereka tidak tahu bahawa mereka telah lama dibebaskan.

Cantumkan Semua

Semasa kami sekeluarga berada dalam kuarantin akibat pandemik global, kami bercita-cita untuk memulakan satu projek—menyusun suai 18 ribu kepingan gambar! (jigsaw puzzle). Walaupun kami berusaha hampir setiap hari, tidak banyak kemajuan yang kami capai. Selepas 5 bulan, akhirnya kami berjaya meletakkan kepingan gambar yang terakhir. Hasilnya, karya yang berukuran 274 cm x 183 cm ini telah melingkungi keseluruhan lantai ruang makan kami.

Kepimpinan yang penuh Kasih 

Video tular tentang seekor ibu beruang yang cuba membawa empat ekor anak kecilnya yang aktif melintasi sebuah jalan raya yang sibuk, membuat saya tersenyum. Kita boleh mengaitkan diri dengan adegan ini ketika melihat ibu beruang itu mengangkat anaknya satu persatu untuk melintas ke seberang jalan—tetapi anak beruang tersebut pula berjalan balik ke seberang jalan. Selepas banyak cubaan yang mengecewakan, ibu beruang akhirnya mengumpulkan keempat-empat anaknya dan keluarga beruang ini berjaya melintas jalan dengan selamat.  

Titisan Merah 

Ketika berjalan melalui Galeri Nasional Scotland, saya tertarik dengan sebuah lukisan yang dilukis dengan cecahan berus yang kuat dan warna-warna cerah. Lukisan itu sebuah lukisan Pokok Zaitun yang dilukis oleh Vincent van Gogh, seorang pelukis Belanda. Ramai ahli sejarah percaya lukisan itu diilhamkan oleh pengalaman Yesus di taman Getsemani di Bukit Zaitun. Apa yang menarik perhatian saya pada kanvas lukisan itu ialah tompok-tompok cat merah kecil di antara pokok-pokok zaitun purba.