Penulis

Lihat semua
Shelly Beach

Shelly Beach

Shelly Beach bekerja bebas sebagai seorang penulis dan penceramah. Dia juga penulis bagi buku Ambushed By Grace dan pernah memenangi Anugerah Christy 2008 bagi novelnya, Hallie’s Heart. Dia juga perintis bagi Bengkel Penulis Kristian Cedar Falls di Iowa, Amerika Syarikat. Shelly dan suaminya, Dan mempunyai dua orang anak dan tinggal di Sparta, Michigan.

Artikel oleh Shelly Beach

Tangan Terbuka

Pada hari apabila saya dan suami saya, Dan, mula memberi jagaan kepada kedua-dua ibu bapa kami yang uzur, kami saling berpegang tangan dan berasa seperti sedang melompat dari satu tebing tinggi. Namun kami tidak tahu bahawa dalam proses memberi jagaan ini, cabaran yang paling susah adalah membenarkan Tuhan menyelidiki dan membentuk hati kami, serta menggunakan waktu istimewa ini supaya kami menjadi seperti Dia dengan cara-cara yang baru.

Sungutan

Jiran-jiran saya mungkin berasa hairan apabila mereka melihat saya berada di luar pada suatu hari yang bersalji. Saya sedang berdiri di laluan masuk rumah dengan memegang penyodok, lalu menyodok dengan kasar segumpalan ais yang telah terbentuk di satu sudut longkang. Setiap kali saya menyodok, saya akan meluahkan kata-kata seperti, “Aku tidak dapat melakukan semua ini.” “Aku tidak ada kekuatan untuk melakukannya.” Sebagai seorang penjaga yang mempunyai senarai tanggungjawab yang panjang untuk ditangani, tambahan lagi gumpalan ais ini, saya tidak tertahan lagi!