Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Tim Gustafson

Pembawa Damai Tuhan

Nora menyertai himpunan mogok secara aman untuk menegakkan keadilan. Seperti yang dirancang, mogok itu diadakan secara senyap. Semua penunjuk perasaan berjalan dalam suasana yang senyap melalui kawasan pusat bandar.  

Renaissance dalam Yesus

Kita mengenali Leonardo da Vinci sebagai tokoh renaissance (Zaman Pembaharuan) yang mempunyai pengetahuan dan minat yang luas. Kehebatan inteleknya telah membawa kemajuan dalam pelbagai bidang pengajian dan seni. Namun Leonardo menulis dalam jurnalnya, “Kami menjalani hari-hari yang sengsara” dan mengeluh bahawa sekiranya mereka mati, “kita tidak akan meninggalkan ingatan tentang diri kita sendiri dalam fikiran manusia.”

Warisan Abadi

Ketika ribut pasir Jelapang Debu melanda Amerika Syarikat semasa Zaman Kemelesetan, John Millburn Davis, iaitu seorang penduduk di Hiawatha, Kansas, memutuskan untuk mencipta nama bagi diri sendiri. Sebagai seorang jutawan yang berjaya atas usahanya sendiri dan tidak mempunyai anak, Davis boleh sahaja melabur dalam kerja amal atau pembangunan ekonomi. Sebaliknya, dia menghabiskan banyak wang dan mengupah orang mengukir 11 buah patung yang ada saiz yang sama dengan dia dan isterinya yang telah meninggal dunia, lalu mendirikan semua patung itu di tanah perkuburan tempatan.

Mahupun kitab Imamat

Topik pembelajaran Alkitab hari itu ialah kitab Imamat, dan saya perlu mengaku. “Saya melangkau banyak bacaan di dalamnya,” saya memberitahu ahli-ahli kumpulan yang lain. “Saya tidak mahu membaca tentang penyakit kulit lagi.”

Menghulurkan Penghormatan

Rakan Maggie yang masih muda muncul di gereja dengan pakaian yang mengejutkan. Tiada seorang pun berasa hairan, ini kerana dahulu dia adalah seorang pelacur. Perempuan muda ini berasa gelisah di tempat duduknya, tidak berheti-henti menarik skirtnya yang terlalu pendek dan melipat lengannya.

Makna Mir

Hari ini ialah Hari Epiphany, hari memperingati peristiwa yang diceritakan oleh lagu Krismas “We Three Kings of Orient Are” (Kita ialah Tiga Raja dari Timur) apabila ahli ilmu bintang kafir datang melawat Yesus yang baru lahir. Namun mereka bukan raja, mereka bukan dari Timur Jauh (sebagaimana yang pada mulanya dimaksudkan oleh perkataan Orient), dan nampaknya mereka bukan tiga orang sahaja.

Anak-Nya yang Bangkit

Novel penuh pertama Ernest Hemingway menceritakan tentang sahabat-sahabat yang merupakan kaki botol. Mereka baru menempuhi Perang Dunia Pertama, dan pengalaman ngeri yang amat menyakitkan ini akibat perang yang membinasakan telah meninggalkan parut yang menyeksa dalam hati mereka. Mereka cuba mengatasinya dengan berpesta, melakukan pengembaraan dan mengadakan hubungan seks rambang. Mereka sentiasa mengambil minuman alkohol untuk mengebaskan kesakitan tersebut. Namun semua ini tidak berhasil, tiada seorang pun berasa gembira.

Berserah kepada Yesus  

Pada tahun 1951, doktor Joseph Stalin menasihatkannya untuk mengurangkan beban kerja bagi menjaga kesihatannya. Joseph Stalin, iaitu pemerintah Kesatuan Soviet menuduh doktor tersebut sebagai pengintip dan memerintah dia ditahan. Diktator itu yang telah menindas orang ramai dengan kebohongan tidak dapat menerima kebenaran, dan—seperti yang telah dilakukannya berulang kali—dia menyingkirkan orang yang menyampaikan kebenaran kepadanya. Bagaimanapun, kemenangan berpihak kepada kebenaran. Stalin meninggal pada tahun 1953.

But Bertuah

Sudah terlambat, bunyi “klik” yang mengerikan kedengaran di bawah but tempur Tom. Atas dorongan hormon adrenalin, dia melompat pantas mengikut naluri untuk menyelamatkan diri. Mujurnya periuk api yang tersembunyi di bawah tanah itu tidak meletup. Kemudian, pasukan pelupusan bahan letupan menemukan kira-kira 36 kg bahan letupan tinggi di tempat kejadian. Sejak itu Tom memakai but itu sehingga rosak. Dia memanggilnya, “But bertuah saya.”