Category  |  Pedoman Harian

Dikirim dengan Kasih

Baru-baru ini saya mengetahui bahawa nama bungkusan “CARE” datang daripada singkatan Cooperative for American Remittances to Europe, sebuah kumpulan yang mengirim kotak-kotak berisi makanan untuk membantu rakyat Eropah yang terpaksa berpindah semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun kotak tanda kasih sayang yang saya kirimkan kepada anak-anak saya di universiti kebanyakannya berisi makanan ringan dan gula-gula buatan sendiri, ia biasanya termasuk beberapa barang praktikal—seperti baju kesukaan yang tertinggal di rumah atau alat tulis tambahan.

Harapan dalam Iman

Anak lelaki Kristin meninggal dunia akibat kanser ketika berusia tujuh tahun. Selepas tiga tahun, kini anak lelaki sulungnya juga didiagnosis dengan penyakit yang membawa maut. Rakan-rakannya yang belum percaya kepada Yesus turut berdukacita bersamanya, tetapi mereka tidak memahami mengapa dia masih terus mempercayai Tuhan. “Mengapakah Tuhan kamu membiarkan semua ini berlaku? Mengapakah kamu masih percaya kepada-Nya?” tanya mereka.

Rahmat dan Kekalutan Kita

Sewaktu di sekolah minggu, kesabaran saya semakin menipis terhadap Peter, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun. Dia merajuk, bersikap buruk terhadap kanak-kanak lain, dan tidak berpuas hati walaupun kami menawarkan mainan yang paling diingininya. Rasa belas kasihan saya menjadi jengkel. Jika dia masih berdegil, maka, saya akan menghantarnya balik kepada ibu bapanya dan dia akan terlepas semua keseronokan.

Jadilah Seperti Yesus

Seorang penumpang yang tinggi lampai kelihatan bangun perlahan-lahan untuk berdiri di lorong pesawat kecil yang kami tumpangi. Saya ternampak buku yang sedang dibacanya bertajuk Be Like Jesus (Menjadi Seperti Yesus). Beberapa minit kemudian, saya melihat lelaki itu bertolak-tolakkan dengan orang lain untuk mencapai begnya yang berada di atas troli. “Menjadi seperti Yesus?” desus hatiku. Saya tidak tahu jika lelaki itu benar-benar “saudara seiman” yang mengenal Kristus. Saya berasa kecewa dengan sikapnya yang mementingkan diri kerana ini tidak mencerminkan Yesus