Kami Sudah 20 Tahun!
Marilah menghitung berkat Tuhan. Nikmatilah saat yang bersejarah ini.
Padi Berkat Tuhan
Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak sudah dirayakan sejak zaman nenek moyang kita di Sabah dan Sarawak. Kaamatan dan Gawai Dayak wujud atas kepercayaan bahawa Huminodun anak kepada Kinorohingan (Sabah) dan Petara (Sarawak) telah memberikan mereka padi sebagai makanan utama. Pesta ini disambut setiap tahun demi menjaga ‘semangat’ padi serta berterima kasih kepada tuhan-tuhan tersebut. Tetapi benarkah tuhan-tuhan inilah yang memberikan…
Padi Berkat Tuhan
Mari rayakan Kaamatan dan Gawai Dayak dengan gembira bersama orang tersayang dengan cara yang berbeza dengan dunia.
Amalan Kerohanian Yang Sihat
Anda mungkin akan membuat azam Tahun Baru untuk setiap permulaan tahun, kenapa tidak bermula dengan amalan yang sihat secara rohani? Cubalah setiap amalan seperti berikut selama seminggu, dan lihatlah perubahan yang anda akan alami sekiranya kita tetap berjalan bersama Tuhan. Semoga anda mengalami penerobosan dan pertumbuhan rohani pada tahun 2019. Tuhan memberkati anda.
Krismas yang Berbeza?
Sementara keadaan yang lain berbeza, ada satu perkara yang tidak pernah dan tidak akan berubah, iaitu kasih Kristus.
Hari Tebuka 2018
Salam sejahtera! Kami akan mengadakan Hari Tebuka di Pusat Sumber Johor Bahru pada 14 & 15 Disember 2018! Jemput datang!
Konferensi Alkitab: Lukas
Dengan sukacita kami ingin menjemput anda, keluarga dan rakan-rakan anda untuk menghadiri Konferensi Alkitab ini. Pada masa yang sama, anda turut dapat menikmati firman Tuhan.
Santapan bagi Jiwa: Minggu 4
Tiada orang di dunia ini sanggup menanggung dosa manusia dengan mengorbankan diri-Nya pada kayu salib, hanya Yesus telah melakukannya dengan rela. Sejak itu hidup kita tidak lagi tidak bermakna, malah Tuhan menjanjikan hidup kekal bagi setiap orang yang percaya kepada Dia. Adakah anda sudah membuat keputusan untuk mempercayai dan menerima Dia sebagai Penyelamat?
"Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan…
Santapan bagi Jiwa: Minggu 3
Kesejahteraan yang diberikan oleh Yesus bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Kesejahteraan daripada Yesus yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu. Pada minggu ini, semoga anda mengalami kesejahteraan sejati ini dan mengetahui bahawa Tuhan mendengarkan dan menjawab doa anda mengikut rancangan-Nya yang terbaik.
"TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan…