Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak sudah dirayakan sejak zaman nenek moyang kita di Sabah dan Sarawak. Kaamatan dan Gawai Dayak wujud atas kepercayaan bahawa Huminodun anak kepada Kinorohingan (Sabah) dan Petara (Sarawak) telah memberikan mereka padi sebagai makanan utama. Pesta ini disambut setiap tahun demi menjaga ‘semangat’ padi serta berterima kasih kepada tuhan-tuhan tersebut. Tetapi benarkah tuhan-tuhan inilah yang memberikan rezeki kepada mereka? Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seisinyalah yang seharusnya layak menerima pengucapan syukur ini.