Contoh Doa Yesus

Kita menganggap kita boleh bersandar kepada Tuhan menurut persyaratan kita sendiri, terutama dalam cara kita berdoa. Tetapi inilah yang menjadi masalah terbesar dalam perhubungan kita dengan Tuhan. Walaupun kebanyakan orang memang berdoa, namun tidak banyak orang yang berdoa kepada Tuhan menurut persyaratan-Nya.

Buku kecil ini hendak menunjukkan cara berdoa menurut kehendak Tuhan. Doa Tuhan, salah satu doa yang paling diketahui orang, telah banyak kali diulangi tetapi sangat kurang difahami. Haddon Robinson menembusi kebingungan ini dan menunjukkan bahawa Yesus mengajarkan doa kepada kita yang relevan bagi hari ini sebagaimana doa itu relevan 2,000 tahun yang lalu. ——Martin R. De Haan II