Hoooha! 

Aramai

Setiap tahun, pesta Kaamatan dan Gawai disambut dengan penuh meriah oleh orang Sabah dan Sarawak. Bagi orang Kristian, sudah tentu ada yang menyambut di gereja dan di rumah bersama keluarga dengan cara yang berbeza daripada cara dunia. Kita mengambil kesempatan ini untuk bersukacita dan bersyukur atas berkat Tuhan Pencipta kepada kita dari segi makanan, kecukupan, kesihatan dan keluarga. Mari kita menyambut pesta ini dengan menurut nasihat Paulus dalam Efesus 5:1-20, iaitu mengikut teladan Kristus. Rayakan pesta ini dengan cara yang memuliakan Tuhan kerana kita adalah anak-anak terang. Paulus berkata “dahulu kamu hidup dalam kegelapan, tetapi sekarang kamu telah menjadi umat Tuhan, maka kamu hidup dalam cahaya. Itulah sebabnya kamu mesti hidup seperti orang yang hidup dalam cahaya” (Efesus 5:8). ...

Apa sebenarnya perayaan Kaamatan dan Gawai ini? Kaamatan dan Gawai memang tidak disebut dalam Alkitab tetapi apa kata Alkitab mengenai perayaan seperti ini? Semoga bahan bacaan yang disediakan dalam laman web ini dapat membantu setiap kita untuk mengenal pesta ini dan merayakan pesta ini sesuai dengan kebenaran Alkitab.

Ambillah peluang ini untuk menjadi berkat dan teladan bagi orang lain yang menyambut dan yang tidak menyambut pesta ini. Bersukacitalah dan bersyukurlah kepada Tuhan. Hoooha! Aramai



Setiap musim Kaamatan dan Gawai, banyak aktiviti yang kita lakukan bersama dengan keluarga, kawan-kawan dan komuniti kita. Tahukah anda bahawa setiap aktiviti yang kita lakukan semasa pesta ini dapat memberi gambaran keadaan hati dan hidup kita di hadapan Tuhan? Selain beribadat bersama, di bawah merupakan 5 cadangan aktiviti yang anda dapat lakukan untuk memeriahkan pesta dengan hati yang bersyukur dan bersukacita di hadapan Tuhan.
 

Tidak tahu cara-cara muat
turun pelekat?


 
Jurnal Rohani Harian
Dapatkannya sekarang dengan percuma!
 

 

Memeriahkan Kaamatan dan Gawai dengan 5 perkara ini!

Berkongsi Makanan Tradisional
Anda mungkin berada di perantauan dan ramai kawan yang tidak sebangsa dengan anda. Ini masanya untuk mereka rasa makanan tradisional anda! Berkongsi makanan juga merupakan salah satu cara untuk bergembira dan bersyukur atas berkat Tuhan kepada anda. Mereka suka atau tidak, itu belakang kira!
 

Bergambar dengan Baju Tradisional  
Ini masanya untuk “berbangga” dengan asal-usul anda. Anda mungkin sudah lama tidak memakai baju tradisional dan bergambar bersama dengan keluarga dan kawan-kawan. Lakukan ini sambil merenungkan identiti kita dalam Kristus. Anda mungkin berbangsa Dusun, Iban, Murut, Kelabit dan lain-lain, namun anda adalah milik Kristus.
 

Bernyanyi dan Menari dengan Iringan Muzik Tradisional  
Ini mungkin selalu anda lakukan. Apa kata anda mainkan lagu Kristian yang berentak tradisional sambil menyanyi, sumayau dan berngajat bersama. Meriahkan pesta ini dengan lirik yang lebih bermakna dan menceritakan kebesaran dan kemurahan Tuhan. Segala pujian hanya bagi Tuhan Yesus!
 

Belajar Memasak Makanan Tradisional  
Anda mungkin selalu memakan makanan tradisional yang penuh dengan keunikan tetapi tidak pernah memasaknya. Ini masanya untuk belajar daripada ibu bapa atau orang yang tahu. Belum terlambat bagi anda untuk belajar mengenai keunikan asal-usul anda. Apa yang anda boleh renungkan? Anda belum terlambat untuk belajar mengenai “keunikan” anda sebagai pengikut Kristus. Anda atau orang lain mungkin tidak suka keunikan anda, tetapi Yesus suka!
 

Membuat panggilan Video dengan Ahli Keluarga dan Kawan-kawan      
Bercerita, ketawa dan bersekutu bersama dengan keluarga dan kawan-kawan yang jauh semasa perayaan ini. Anda boleh menceritakan kemurahan Tuhan yang anda alami, saling mendoa dan mendorong, dan mengenang kembali pengalaman-pengalaman lucu anda bersama. Ini masanya untuk merenungkan segala berkat Tuhan dan berkongsi berkat itu dengan orang lain. Seperti Yesus yang selalu dekat dengan kita, begitu juga kita antara sesama—jauh di mata, dekat di hati.
 

Menikmati Budaya Dengan
Prinsip Kristian

Dapatkan Salinan Anda
Baca Selanjutnya Baca Selanjutnya
Gawai Menurut 
Perspektif Alkitab

Bagaimana seharusnya Gawai
Dayak disambut oleh orang Kristian?

Muat Turun
 dan Kongsikan Pelekat Whatsapp Sekarang!
Langkah-Langkah
Muat Turun
Kaamatan Menurut
Perspektif Alkitab

Tahukah kamu makna sebenar bagi Hari Kaamatan? Sesetengah orang kata bahawa itulah penyembahan berhala dan tidak harus dirayakan; ada orang pula kata kita mesti mengekalkan tradisi ini. Apa kata kamu? Marilah kita melihatnya dengan pandangan Alkitab!