Tuhan_baik Tuhan_baik

Pandemik COVID-19 masih menular di seluruh dunia menyebabkan banyak aktiviti disekat oleh kerajaan. Perayaan besar-besaran Kaamatan dan Gawai pada tahun ini juga disekat. Banyak perkara telah berubah termasuk cara hidup juga berubah. Namun, tidak akan pernah mengubah kebenaran bahawa Tuhan itu baik dan Dia tidak akan pernah berubah. Sebagai orang Kristian yang merayakan perayaan ini, mari kita mengambil peluang ini untuk merenungkan betapa baiknya Tuhan dalam hidup kita. Dia menyediakan segala keperluan kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Kebaikan-Nya yang telah kita nikmati memampukan kita untuk berbuat baik dan berkongsi berkat dengan orang lain. Mari rayakan perayaan ini dengan sederhana, berbeza dengan cara dunia. Kita merayakan Kaamatan dan Gawai kerana kita telah merasa dan melihat kebaikan Tuhan melalui berkat penyediaan-Nya kepada kita.



Gawai memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Dayak, khususnya suku Iban yang asalnya merupakan animisme atau pagan. Gawai kekal dirayakan oleh Dayak Kristian sehingga sekarang. Adakah perayaan ini masih relevan untuk dirayakan oleh Kristian? Jom baca selajutnya di sini.


read_more